in

Atlet Taekwando Negara Tendang OKU Warga Emas Sebanyak 4 Kali Tanpa Henti Semasa Masuk Dalam LRT

Taekwando Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mempelajari seni mempertahankan diri seperti Taekwando ni adalah sesuatu perkara yang baik, terutamanya buat wanita yang sering jadi target kepada jenayah dan keganasan.


Tapi kalau dah ada ilmu tu, janganlah pulak gunakan ia untuk balun orang sesuka hati atau jadi bahan untuk lempiaskan perasaan marah yang tak bertempat.

Baru-baru ini, seorang atlet wanita taekwando negara telah disabitkan kesalahan mencederakan seorang warga emas OKU dua tahun lalu semasa di stesen LRT Putra Heights, lapor Berita Harian.

7D15
sumber: blog

 

Atlet tendang OKU warga emas empat kali di dada

Disebabkan kejadian berkenaan, mangsa yang merupakan seorang OKU separa buta, Placid P. Rodriguez, 71, telah bertindak menyaman atlet terbabit kerana bertindak mengasarinya dengan menolak mangsa di stesen LRT dan menendang dada warga emas tersebut sebanyak 4 kali. Uish gila ke apa ni??

Oleh itu, mahkamah telah mengarahkan Nur Dhia Liyana, 25 tahun untuk membuat permohonan maaf bertulis secara terbuka kepada Rodriguez menerusi media cetak dalam tempoh sebulan bermula dari 9 April lepas.

Vand18 Nstfield Image Socialmedia.var 1554805869
sumber: blog

 

“Dia hanya mahu wanita berkenaan minta maaf” 

Menurut peguam mangsa, Dr. S. Arunan, kes ini tidak akan menjadi lebih rumit jikalau Nur Dhia telah meminta maaf dengan lebih awal.

“Dia hanya mahu wanita berkenaan meminta maaf, itu saja. 

“Majikan saya hanya mahu membersihkan namanya kerana wanita terbabit telah membuat laporan polis yang menyatakan dia telah diserang. Hakikatnya, apa yang berlaku adalah yang sebaliknya,” kata Arunan.

Nur Dhia Liyana Shaharuddin 296622 20190409142717
sumber: blog

Tambah Arunan lagi, saman yang dibuat anak guamnya itu bukan untuk dapatkan wang pampasan semata-mata tetapi untuk menegakkan keadilan buat mangsa.

 

CCTV tayang atlet tolak mangsa sampai jatuh, tendang 4 kali tanpa henti

Menceritakan semula kejadian yang berlaku, pada 6 Julai 2017, Rodriguez pada ketika itu sedang berada di stesen LRT Putra Heights untuk pulang ke rumah.

Ph
sumber: bh

Ketika tiba di landasan LRT, dia terlebih dahulu membiarkan penumpang lain untuk keluar dari gerabak LRT kerana ingin mengelakkan dirinya dari ditolak memandangkan mangsa seorang OKU separa buta.

Pun begitu, ketika dia melangkah masuk, mangsa telah ditolak oleh atlet terbabit dan mendengar Nur Dhia menjerit sambil memarahinya. Menerusi rakaman CCTV, Nur Dhia dilihat telah menendang mangsa sebanyak 4 kali tanpa henti, malah lebih mengejutkan dia langsung tak mengendahkan rayuan mangsa meminta simpati. Aduhai… 

Untuk rekod, atlet terbabit pernah memenangi pingat perak bagi Sukan SEA 2017 dan dia pernah diarahkan mahkamah untuk membayar denda sebanyak RM2000 atas kesalahannya.

15267848 361126800912160 1690017135027931923 N
sumber: blog

Aduhai… admin harap atlet ni bertaubatlah atas kesalahan yang dibuatnya tu. 

Baca: “Masa mula-mula masuk, MSN janjikan bulan dan bintang” – Atlet Kebangsaan Kini Jadi Penjual Jambu Tepi Jalan Lepas MSN Tamatkan Kontrak

Atlet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.