in

Asyik Pergi Daiso? Ini 8 Kedai Jepun Lain Yang Jual Barang Murah di Malaysia

Japan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila teringat Jepun, mesti korang teringat kat Daiso yang jual macam-macam jenis barang yang bukan saja murah habisss tapi sangat kreatif untuk kegunaan kita seharian di mana-mana. So kalau singgah Daiso ni, kiranya tak sahlah kalau tak memborong dua tiga plastik beli macam-macam.


Tapi bila dah lama-lama pergi kedai ni, mesti korang rasa macam nak try pergi kedai Jepun yang lain kan? Ini kami senaraikan lapan kedai Jepun lain yang korang boleh pergi selain Daiso kat Malaysia ni. 

 

1. Yubiso

Mini Ryc 1485 Free Crop 1
sumber: harbour mall

Hampir serupa macam Daiso, Yubiso ni jual macam-macam jenis product seperti barang-barang kecantikan, aksesori wanita, barangan office, stationary dan perabot rumah yang unik dan sangat berkualiti tau! Mungkin korang akan samakan Yubiso dengan Hinode Shop, tapi kalau korang masuk ke Yubiso, korang pasti akan terpesona dengan rekaan dalaman kedai yang nampak contemporary dan susunan barang yang senang korang nak cari. Nak beli face mask murah? Beli kat Yubiso sebab korang boleh dapat 10 kotak dengan RM5!

Tenantpage Desktop309Jun2017145056
sumber: mid valley
Dsc 1123
sumber: klang parade

Lokasi: Melawati Mall, Klang Parade, Mid Valley Megamall, Sogo dan banyak lagi di pusat beli belah di Malaysia

 

2. Miniso

13177511 843821852388925 3313582145120852080 N
sumber: facebook

Masuk je kedai Miniso, korang mesti akan sebut, “Comelnyaaaa!” sebab barang-barang kat kedai Jepun memang cute-cute belaka. Bantal peluk berbentuk panda dan beruang yang dijual kat situ memang buat korang rasa nak bawak balik rumah tau. Itu belum lagi USB cable atau earphone berbentuk haiwan yang dorang jual, bak kata orang Jepun memang kawaii sangatlah!

27750776 1828496664120145 3064526744547586772 N
sumber: facebook
20170818 110458
sumber: blog

Lokasi: NU Sentral, MyTOWN Shopping Centre, Bukit Bintang, The Starling dan banyak lagi di shopping mall di Malaysia.

 

3. Shojikiya

12801565 1701390266800858 4094522692178633777 N
sumber: facebook

Berlainan dengan kedai Yubiso atau Miniso, Shojikiya tidak menjual barang keperluan biasa tetapi hanya makanan daripada Jepun. Kalau korang teringin nak makan ramen Jepun, kat sini ada jual Nissin Big Cup Noodle, rice crackers, biskut Meiji dan Coca Cola peach! Bersempena musim Sakura ni, korang boleh jugak dapatkan makanan edisi khas musim Sakura kat mana-mana outlet Shojikiya yang terpilih.

20621279 1450748468323753 6065615047017513926 N
sumber: facebook
20621336 1450748571657076 8487813487254648669 N
sumber: facebook

Lokasi: Empire Shopping Gallery, Gurney Plaza, Mid Valley, NU Sentral dan banyak lagi.

 

4. Matsuri Mart

46087254 Toymk98Wb Sihogggsw6Rkc2Wnkcgpyen5Jrmpuhwku
sumber: foursquare

Sama macam Shojikiya, Matsuri Mart menjual snack dari Jepun yang digemari rakyat Malaysia. Antaranya ialah Meiji Hello Panda Family Pack, Pokki pelbagai perisa dan seaweed yang sedap belaka. Kebanyakan makanan yang dijual di Matsuri Mart ni sebenarnya lagi murah daripada apa yang dijual di Daiso.

46087254 V2Vxchfyofreouwqfz2Pyb2Rvuf8Avkwyhfsnl8Tw3I
sumber: hungrygowhere
8109018 Q1Ei0Xl9Mxuxvzsrbxrw9Shz21H17To6Ea8Husx Dfe
sumber: foursquare

Lokasi: Bukit Bintang, Kuala Lumpur

 

5. Okashi World / Nimaco

Pic
sumber: dataran pahlawan

Selain daripada Shojikiya dan Matsuri Mart, korang jugak boleh ke Okashi World untuk membeli pelbagai jenis snek yang mungkin korang biasa lihat kat Malaysia ni tapi dengan perisa yang berbeza. Macam contoh coklat Kit Kat yang ada perisa strawberry dan sakura yang memang takde jual kat kedai-kedai biasa. Pastu dorang ada jugak snek macam Lays dan Cheetoz versi Taiwan.

Img 1926
sumber: blog
Dsc00438
sumber: blog

Lokasi: Taipan USJ, Atria Shopping Gallery dan Solaris Dutamas-Mont Kiara

 

6. Komonoya

Komonoya Quill City Mall
sumber: blog

Suka kumpul kitchen ware yang ada corak menarik ataupun barangan hiasan yang boleh mencantikkan rumah dengan harga yang super murah daripada kedai lain? Haa inilah kedai yang paling sesuai untuk korang kunjungi! Barang kat Komonoya ni kalau korang beli lebih daripada satu, lagi murah harga yang korang akan dapat. So memang berbaloi la tambah-tambah lagi kalau nak beli pinggan mangkuk.

Pr453 20160420095533
sumber: blog
26173941 421983518220302 8282863260658637451 O
sumber: facebook

Lokasi: Mid Valley, Berjaya Times Square, Alamanda, Damen, USJ. Johor Bahru: Sutera Mall, KSL City Mall dan Paradigm Mall. Kedah: Langkawi

 

7. Koncent Malaysia

27571831753 F3B170F92F O
sumber: malaysian flavours

Kedai Jepun yang satu ni memang lain dari yang lain. Selain daripada menjual barangan untuk keperluan rumah dengan gaya minimalist, Koncent jugak ada sediakan makanan dessert di kedainya lepas customer penat membeli dan memilih barang. Dessert yang dijual pun boleh tahan sedap katanya. Ada cake, coffee dan green tea yang korang boleh cuba sambil tengok-tengok katalog Koncent. Barangan kat kedai Koncent dibahagikan kepada beberapa jenama yang mana meliputi perabot rumah dan aksesorinya yang diperbuat daripada barang terpakai.

27571832123 8A882A8Bf5 O
sumber: malaysian flavours
27906003190 3C2Ebac545 O
sumber: malaysian flavours

Lokasi: Sunwaymas Commerical Centre dan Apple 101 di Wisma Apple.

 

8. Go Shop Japan

Go Shop
sumber: go shop japan

Ini list BONUS! Kalau korang rasa malas nak gerak ke kedai fizikal dan beli barang dari Jepun, korang jugak boleh beli secara online! Best kan? Di Go Shop Japan ni, semua barang yang dijual gerenti original dari Jepun dan memang barang yang di order tu khas diterbangkan dari Jepun ke depan muka pintu korang. Bagi yang minat pakai skin care dan make up dari Jepun, online shop ni ada jual produk macam Kose, Biore, Curel dan Rosette yang terkenal di sana. Proses penghantaran pun cepat sebab ready stock dan banyak pelanggan bagi review bagus kat Go Shop Japan ni!

Website: Go Shop Japan

So dah tahu nak ke kedai mana lepas ni? Tak perlu terbang jauh-jauh hingga ke Japan kalau nak beli barangan dari negara matahari terbit ni tau. Kat Malaysia pun ada! 

Baca: 7 Kedai Bundle Area Shah Alam Yang Korang Boleh Selam Weekend Ni! 

Bundle

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.