“Apsal tobek kepala dia?” – Ini Mungkin Jawapan Kenapa Kepala Aliff Aziz Ada Kesan Merah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Admin rasa dah ramai yang inbox ataupun bertanyakan di ruang komen page Lobak Merah berkenaan sebab kenapa Aliff Aziz mempunyai kesan merah di atas kepalanya.

Kesan tersebut jelas kelihatan semasa penyanyi itu ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam bagi kes penceraian dengan bekas isteri, Bella Astillah.

 

“Kepala Aliff Aziz harini, sebab otak tak empuk ke?”

Tampil berkemeja dan berseluar hitam, rakaman video artis penuh kontroversi itu sedang ditemuramah media telah jelas menunjukkan kepala Aliff yang kini botak mempunyai kesan kemerah-merahan di atasnya.

Sumber: Twitter

Oleh itu, rata-rata netizen terutamanya di laman Twitter telah membuat spekulasi dan siap ada yang ‘memerli’ keadaan kepala Aliff tersebut serta kaitkannya dengan ‘sikap’ penyanyi terbabit dengan bekas isteri. Aiyooo mulut korang ni boleh tahan puaka jugak eh masa bulan puasa.

Sumber: Twitter

 

“Yang merah-merah tu hair implant ke?”

Namun jawapan yang paling admin rasa masuk akal ialah Aliff baru menjalani rawatan hair implant. Kesan merah tersebut ialah sebahagian daripada proses penanaman rambut. Agitew!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Apa-apapun admin doakan semoga Aliff dan Bella tabah dalam menghadapi dugaan ini. Di sebalik kemelut masalah yang membelenggu, pasti ada cahaya yang menyuluh jalan yang gelap itu.

Baca: “Don’t worry, saya takkan pisahkan Ayden dgn ayahnya” – Pesanan Terakhir Bella Astillah Buat Aliff Undang Sebak Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!