in

“Apa salah dia weyh” – Wartawan Terima ‘Ugutan Bunuh’ Lepas Share Gambar Makan Ice Cream Di Media Sosial

Featured Image 5 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar orang makan ice cream adalah antara gambar biasa yang kita tengok di media sosial. Tapi bagi wanita ni lain pula, dia siap terima ugutan bunuh lagi sebab upload gambar makan ais krim di Twitter.


Kalau korang nak tahu, wanita yang dikenali sebagai Ash Sarkar ini merupakan seorang wartawan dan juga pensyarah di England. Semalam, dia telah memuat naik gambar menikmati ice cream di sebuah taman di Springfield, London.

Namun gambar itu telah menjadi punca dia menerima ugutan bunuh oleh warganet, lapor Mirror.

Sakar3

Sakar1

Sakar2

 

Kisah Di Sebalik Gambar

Oleh kerana gambar itu tular, ramai yang tertanya. Bagaimana gambar yang kelihatan biasa itu boleh menerima mesej ugutan.

Menurut sumber, Ash Sarkar telah memuat naik gambar selepas berlaku satu serangan di Taman Frobury, Reading pada hari yang sama.

Menerusi The Telegraph, satu serangan tikam secara rawak itu telah meragut 3 nyawa dan 3 lagi mengalami kecederaan parah. Namun, si pembunuh sudah pun ditahan dan dijatuhkan hukuman.

Sakar4

Meskipun tiada kaitan dengan gambar, beberapa individu memberitahu posting wartawan itu membawa simbolik pada kejadian serangan tersebut.

Apa simboliknya? Pada ruangan kepsyen gambar, Ash Sarkar mengenakan emoji tiga biji buah oren dan buah oren itu menggambarkan tiga individu yang terkorban.

Kata Ash, dia terkejut apabila menerima pelbagai jenis mesej ugutan malah ada yang kongsikan alamat tempat kerjanya.

Memang tak ada kaitan, itu hanya kebetulan sahaja..

Tambahnya lagi, pada masa itu dia tidak tahu langsung berita mengenai serangan yang berlaku. Dia pada waktu itu hanya meluangkan masa bersama rakan dan juga boyfriend dia.

Kesiannya, baru nak happy-happy lepas tu kene tuduh…

 

Baca: “Saya akan tikam dan tembak dia” – Lisa Blackpink Terima Mesej Ugutan Bunuh Dari ‘Stranger’?

Annotation 2020 06 22 172108

Sumber: Mirror
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.