in

“Apa nak jawab dgn polis ni?” – [Video] Netizen Terhibur Tengok Monyet Ini Curi Nombor Plat Kereta

1Monyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dengan kerjasama Polis Trafik mula membuat penguatkuasaan terhadap salah laku yang melibatkan nombor plat kenderaaan. Antara kesalahan yang boleh dikenakan saman ialah nombor plat tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan tidak menampal nombor plat.



Kadang-kadang tu kita tak perasan nombor plat kenderaan kita tertanggal. Mungkin skru tercabut ataupun gam tertanggal, tak pasal-pasal nanti kena saman. Tapi kalau kes kena curi apa alasan nak bagi kan?

Cakap pasal nombor plat kena curi ni, admin nak share satu video monyet curi nombor plat. Iye betul monyet curi nombor plate. Kalau korang tak percaya, boleh tengok video @anthraxxxx kat bawah ni.

 

Apa nak jawab dengan polis

Agak-agak alasan nombor plat takde sebab kena kena curi dengan monyet polis nak percaya ke. Silap-silap polis tu gelak je kan, nak saman pun tak sampai hati sebab alasan macam tak masuk akal.

Screenshot 2021 03 28 At 11.14.26 Am

Mesti polis pelik dengan alasan ni. Kalau dapat polis yang sempoi mesti dia gelak dulu sebelum lepaskan. Mungkin lah terlepas. 

Screenshot 2021 03 28 At 11.14.46 Am

Mungkin owner kereta ni hon monyet tu sebelum parking. Itu yang buat monyet ni tak puas hati sampai rembat nombor plat dia. Nak rembat kereta tak sampai kaki pulak nak tekan pedal minyak. 

Screenshot 2021 03 28 At 11.16.58 Am

Kena tengok kawasan juga, kalau kawasan ada monyet berkemungkinan besar lah kena rembat dengan monyet. Kalau hilang dalam mall ke apa mungkin manusia yang rembat atau terjatuh kat mana-mana. 

 

Baca: “Orang awam, pihak berkuasa semua sama” – Netizen Puas Hati Pegawai Polis Disaman Sebab Guna No. Plat ‘Fancy’

Screenshot 2021 03 28 At 11.12.27 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.