in

“Orang awam, pihak berkuasa semua sama” – Netizen Puas Hati Pegawai Polis Disaman Sebab Guna No. Plat ‘Fancy’

Fi Polis Kosong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kita lihat orang awam disaman oleh pihak berkuasa kan. Tapi biasa tak ternampak atau terbaca tentang polis yang disaman oleh polis?


Macam pelik kan, tapi tidak. Kejadian ini berlaku di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Ia selepas Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah melakukan pemeriksaan secara mengejut di pintu masuk IPK Kedah pagi semalam (Isnin).

Polis 2

Polis 1 1

Antara pemeriksaan yang telah dijalankan adalah seperti pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan milik mereka.

Bukan sahaja itu, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM Kontinjen Kedah turut disaman selepas ada di antara mereka yang telah melanggar undang-undang jalan raya seperti menggunakan nombor plat kenderaan fancy yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Ini baru betul”

Menjengah ke ruangan komen akaun Facebook Polis Kedah, rata-rata netizen berpuas hati dan setuju dengan tindakan yang di ambil kerana beranggapan bahawa undang-undang perlu dipatuhi oleh semua orang.

Reak Saman 1 Edit

Reak Saman 2 Edit

Reak Saman 3 Edit

Pemilik nombor kenderaan tidak mengikut spesifikasi boleh didakwa mengikut Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 6(1) LN173/69, dan Seksyen 108(3)(F) 1987 merujuk kepada Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang dari RM5,000 atau tidak lebih RM20,000, atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

 

Baca : [VIDEO] Tular Lelaki Berang Pecahkan Cermin Kereta Dengan Helmet, Polis Dakwa Mungkin Ada Masalah Mental

Angry

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.