in

“Apa kes?” – Viral Video Gaduh Di Kedai Mamak, Netizen Dakwa Hanya Sebab ‘Murtabak Ayam’?

Murtabak Ayam

Semalam, tular beberapa rakaman video yang menunjukkan pergaduhan antara seorang lelaki dan wanita di sebuah kedai mamak yang tidak diketahui lokasinya.

Video tersebut telah dimuat naik di Twitter dan ramai di kalangan netizen agak terkejut melihat insiden tersebut.

 

Orang ramai cuba tenangkan keadaan tapi tak berhasil…

Menerusi rakaman tersebut, pada awalnya dapat dilihat lelaki warga emas menjerit ke arah wanita itu sebelum berlakunya sentuhan fizikal terhadap kedua-duanya hingga keadaan menjadi kecoh.

Orang ramai cuba menenangkan keadaan namun pergaduhan itu nampaknya makin melarat hingga mereka terpaksa memanggil pihak keselamatan untuk meleraikan situasi tegang itu.

Ketika anggota keselamatan berada di tempat kejadian, beberapa orang lelaki dilihat datang ke restoran mamak tersebut cuba menyerang lelaki warga emas tadi yang berada di dalam kedai.

 

Gaduh sebab murtabak ayam atau sudu garpu? 

Pun begitu, sehingga setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak polis mahupun daripada individu yang terbabit dalam pergaduhan tersebut.

Ada di kalangan netizen mendakwa kejadian itu berlaku kerana berebut ‘Murtabak Ayam’ dan ada pula kononnya yang berada di tempat kejadian memberitahu ia disebabkan berebut sudu dan garpu. Haa mana satu ni? 

Apa-apapun kita tunggu sajalah kenyataan rasmi daripada pihak polis (jika ada) berkaitan hal ini.

Baca: “Saya pun tak tahu apa yang jadi” – Video Bergaduh Di Bangsar Libatkan Kematian Tunjuk Inspektor Polis Hanya Berdiri Tepi & Tengok?

Polis 4