in

“Apa jenis manusia lah macam ni” – Hanya Sebab Beragama Islam, Hospital Di India Enggan Terima Wanita Yang Nak Bersalin Sehingga Bayi Meninggal?

Feature 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Muslim di India didakwa sering dijadikan mangsa keganasan oleh negara tersebut. Kali ini, diskriminasi beragama pula telah menyebabkan orang Islam di sana ditindas hingga ada yang menyebabkan kematian.


Menurut India Today, seorang bayi yang baru dilahirkan telah meninggal dunia ketika ibunya dalam perjalanan untuk ke hospital di Jaipur.

Hospital India

Difahamkan, ibu dan bapa bayi tersebut telah diarahkan untuk ke hospital tersebut setelah Hospital Janana di Rajasthan di India dikatakan enggan menerima wanita mengandung terbabit sebagai pesakit yang mahu bersalin hanya kerana dia beragama Islam. Kesiannya! Kat mana hilangnya sifat berperikemanusiaan? 

Menurut suami wanita itu, Irfan Khan, pihak hospital tidak boleh lepas tangan terhadap kematian anaknya itu.

Bayi tersebut telah dilahirkan di dalam ambulans.

Namun, Dr Rupendra Jha yang merupakan pengarah hospital terbabit telah menidakkan dakwaan pasangan suami isteri itu kerana menurutnya, keadaan kritikal wanita itu menyebabkan pihak mereka tidak dapat merawatnya.

Kes ini dikatakan sedang berada dalam siasatan pihak berkuasan kerajaan India.

Vishvendra Singh, Menteri Pelancongan Rajasthan pula mengatakan tindakan akan diambil terhadap doktor yang terlibat.

Admin doakan agar pasangan suami isteri ini akan mendapat pembelaan yang sewajarnya ke atas kematian bayi mereka. 

Baca: “Polis tutup sebelah mata” – Keganasan Terhadap Muslim Di India, Polis Dikatakan ‘Join Sekaki’ Bantu Kumpulan Pemberontak?

Muslim India

 

 

Sumber: India Today

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.