in

Wanita Meninggal Dunia Lepas Bersalin, Suami Bantu Proses Kelahiran Daripada Tutorial YouTube

Ft Bersalin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita dari India berusia 32 tahun meninggal dunia selepas bersalin di rumah akibat komplikasi, media melaporkan bahawa proses melahirkan anak itu dilakukan oleh suaminya sendiri dengan berpandukan video dari YouTube.

Mangsa, K Sasikala dari Kampung Punjaithalavaipalayam, Uthukuli Taluk, dilaporkan melahirkan seorang bayi perempuan pada 24 Jun dengan bantuan suaminya, Kolanthasamy, 35 tahun, serta ibu mentuanya.


Artikel berkaitan: “Saya ada sekali dalam bilik bersalin” – Sharifah Shahirah Sebak Terkenangkan Detik Amyza Aznan Lahirkan Andre Mikael

Artikel berkaitan: “Malu kak oi, depan kau orang ramai” –  Individu Pertikai Wanita Baru Lepas Bersalin Minum Air Di Khalayak Ramai

Menurut polis, mereka dipercayai mengikut panduan video tentang cara-cara melahirkan anak secara semula jadi sepanjang proses bersalin.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya mengalami komplikasi apabila uri tidak terkeluar sepenuhnya hingga menyebabkan pendarahan selepas wanita itu bersalin dan keadaan berubah menjadi semakin kritikal.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Kerajaan Erode di Perundurai sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Coimbatore pada 25 Jun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Screenshot 2026 07 02 163413

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pagi 27 Jun selepas gagal memberikan sebarang tindak balas terhadap rawatan.

Pihak polis memaklumkan bahawa siasatan telahpun dibuka terhadap suami mangsa mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kematian akibat kecuaian susulan laporan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan Daerah Kunnathur.

Hasil siasatan awal mendapati bahawa mangsa tidak berdaftar dalam sistem pemantauan kesihatan ibu dan bayi, jadi pihak berkuasa kesihatan juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Sumber : The Hindu, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.