“Polis tutup sebelah mata”- Keganasan Terhadap Muslim Di India, Polis Dikatakan ‘Join Sekaki’ Bantu Kumpulan Pemberontak?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dilaporkan keganasan dan pemberontakan membabitkan agama ini merupakan yang terburuk dalam sejarah Delhi dalam tempoh berdekad lamanya.

Dengan polis didakwa membantu kumpulan pemberontak mensasarkan orang islam di negara itu.

Sehingga artikel ini ditulis, dilaporkan seramai 24 orang terkorban dengan pihak polis didakwa ‘pejam mata’ membiarkan muslim dan harta benda mereka menjadi sasaran pemberontak, lapor Al Jazeera.

 

Dalam kejadian rusuhan itu, dilaporkan sebuah masjid telah dibakar oleh perusuh pada Seleas malah beberapa kawasan penduduk muslim juga diserang dalam tiga hari pemberontakan dan serangan keganasan.

Memetik The Wire, portal tempatan melaporkan yang sekumpulan pemberontak melaungkan “Jai Shri Ram” sambil berarak di sekitar masjid yang dibakar di kawasan Ashok Nagar.

Malah ada rakaman video yang viral menunjukkan beberapa individu memanjat menara masjid dan mencacak bendera atau sepanduk berkaitan kumpulan pemberontak tersebut.

Kira-kira 150 orang dilaporkan cedera dalam sesi keganasan dan pemberontakan tersebut”

“Malah ada antara mereka yang dikesan mempunyai luka tembakan.”- Pegawai Kanan Polis, Anil Mittal

Antara kawasan penduduk Islam yang terjejas seperti Karawal Nagar, Maujpur, Bhajanpura, Vijay Park dan Yamuna Vihar.

Dalam artikel Lobak Merah sebelum ini, didakwa pemberontakan tersebut bermula pada Ahad apabila penunjuk perasaan melakukan protes terhadap kontroversi melibatkan undang-undang kewarganegaraan.

Muslim di negara itu mendakwa yang Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) merupakan sebahagian daripada agenda supremasi Hindu oleh Perdana Menteri, Narendra Modi yang jelas bertentangan dengan kepercayaan ideologi sekular negara itu.

 

Baca : Keganasan di sana sini- Tak Cukup Muslim Uighur Ditindas, Muslim Di India Kini Jadi Sasaran, Masjid Dibakar

Sumber: twitter
Sumber: twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.