“Another level” – [VIDEO] Kreatif! Packaging Unik Nasi Bungkus Buat Netizen Kagum

Jadikan sumber pilihan di Google
“Another level” – [VIDEO] Kreatif! Packaging Unik Nasi Bungkus Buat Netizen Kagum

Nasi bungkus adalah nasi putih yang dimakan bersama lauk-pauk seperti kari ayam, rendang daging, telur balado dan tempe dan banyak lagi mengikut cita rasa masing-masing. Nasi ini biasanya dibungkus dengan daun pisang untuk mengeluarkan aroma yang dapat membangkitkan selera.

Di Indonesia, nasi bungkus sememangnya popular kerana kuantitinya yang banyak dan harganya sangat murah berbanding dengan makanan lain. Makanan ringkas namun sedap dan kaya dengan nutrisi ni juga banyak dijual di warung dan kedai-kedai tepi jalan. Memang terliur min dibuatnya!


Baru-baru ni, viral kat TikTok seorang seller makanan dari negara seberang, Indonesia @ifaddwii  yang menggunakan packaging yang bukan sahaja unik dari segi rekaan ala-ala beg tangan, malah packaging ni nampak sangat praktikal dan kemas. Sekali pandang macam packaging restoran mahal tau!

Dalam video tu, seller tersebut nampak senang je bungkus nasi tanpa guna sebarang getah. Dengan hanya sekali lipatan, bungkusan tu nampak sangat kemas dan takde pun lauk-pauk yang terkeluar. Yang paling comel, lepas elok dibungkus, owner tersebut siap letak sticker info perniagaan dorang kat tengah-tengah. Memang bijak dan kreatif la dorang ni!

Menjengah ke ruangan komen TikTokers Indonesia tersebut, rata-rata netizen memuji dan kagum dengan packaging yang sememangnya tak cliche serta sangat memudahkan pelanggan. Malah, ada juga yang menyuruh seller tu jual packaging tersebut kat Singapura dan juga Malaysia.

“Please sell this packaging in Singapore and Malaysia. Very clever!” – Komen netizen

Nasi Blur 1Sumber: TikTok

Wahh, lepasni bolehla seller-seller Malaysia yang lain ambil inspirasi dari seller Indonesia ni untuk cuba pulak dekat sini. Betul tak korang? 

Baca: [VIDEO] Netizen Berdekah Tengok Lelaki Melayu Buat Tutorial Makan Nasi Pakai Tangan

Tanjak

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Pelajar tahun akhir komunikasi dan pengajian media (perhubungan awam) dari UiTM Shah Alam, berumur 23 tahun dan berminat dalam bidang penulisan.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Another level” – [VIDEO] Kreatif! Packaging Unik Nasi Bungkus Buat Netizen Kagum
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/another-level-video-kreatif-packaging-unik-nasi-bungkus-buat-netizen-kagum/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen