in

Annuar Musa Dikompaun Lepas Muat Naik Ciapan Pergi Ziarah & Makan Tengahari Di Rumah Pak Lah

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini telah dikenakan kompaun kerana melawat bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di rumahnya di Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu.


Menurut FMT, Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini telah pun mengeluarkan kenyataan mereka berhubung perkara tersebut.

Berkenaan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ke Bait Badawi, rumah Abdullah Badawi pada hari Sabtu lalu, 10 Julai, beliau telah pun menerima kompaun dari pihak polis dan akan selesaikannya secepat mungkin.”

Bagaimanapun, dalam kenyataan tersebut tidak dinyatakan jumlah kompaun.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Annuar Musa ada memuat naik ciapan di Twitter peribadinya mengatakan yang dia dan isterinya telah meluangkan masa selama dua jam untuk melawat dan makan tengahari bersama Pak Lah.

Selepas mendapat kecaman dan persoalan dari netizen mengenai tindakannya melawat Pak Lah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Menteri Wilayah Persekutuan ini telah pun memadamkan ciapannya itu.

20210710 Annuar Tweet

Macam yang korang tahu, lawatan ke rumah orang lain tidak dibenarkan di bawah SOP yang diumumkan sekarang kerana sebahagian dari Kuala Lumpur kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebelum ini, Annuar Musa telah membayar kompaun sebanyak RM1,000 kerana makan di meja bersama enam individu lain ketika beliau melawat satu projek di pusat komuniti di Cheras kerana SOP ketika itu hanya membenarkan dua individu untuk satu meja.

 

Baca: Annuar Musa Dituduh Langgar SOP, Warganet Kecam Lepas Tular Ciapan Lawat Pak Lah Ketika PKPD

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.