Haih kalau bab bagi tak bagi signal ni jangan buat main-main kerana ia mampu menyebabkan kemalangan. Pun begitu, kalau kita marah macam mana teruk sekalipun janganlah sampai naik tangan dan nak bertumbuk bagai. Itu dah serupa perangai samseng jalanan.
Hal inilah yang berlaku kepada seorang wanita gara-gara dia tidak memberi signal semasa memandu di jalan raya. Menerusi satu video yang viral di Facebook, wanita tersebut telah dilempang oleh seorang mat motor di tengah jalan. Allahu!
“Bro tu kata akak tu tak bagi signal. Tak tahu nape dia marah sangat sampai hentak kereta akak tu… pastu gaduh dan bro tu terus pukul akak tu”
Menurut perkongsian itu, lelaki berkenaan dikatakan marah sebab wanita terbabit tidak memberi signal semasa memandu. Entah apa yang dimarahkannya sangat sampai dia melempang wanita terbabit hingga berdarah di mulut. Uish bro agak-agaklah kalau marah pun. Lempang perempuan tu bro.
“Nasib baik ada yg dapat amik video akak tu kena pukul smlm..bro tu kata akak tu x bagi signal..tak tahu nape dia marah sgt smpi hentak kereta akak tu dgn helmet pastu akak tu turun dari kereta dia..
“Pastu gaduh & bro tu terus pukul akak tu ..kemurungan terus lps tgk akak tu kena pukul..akak tu luka & berdarah kt mulut.. akak yg pakai tudung labuh tu siap nangis pastu bro tu tanya ko apahal nangis bukan ko yg kena ??♀️”
“Orang tak kenal pun ko boleh tampar, sapelah bini dia ni. Mesti hari-hari makan penampar buaya”
Tidak diketahui di mana kejadian ini berlaku, namun rata-rata netizen kat luar sana merasakan tindakan bro ni agak over kerana perkara macam ni tak patut diselesaikan dengan cara kekerasan.
Boleh je kalau bro tu marah guna mulut dan tegur salah perempuan tu. Asalkan jangan naik tangan. Dayus kalau pukul perempuan macam tu.
“Kadang-kadang elok gak bagi dekat yang jenis tak pandai bagi signal ni”
Macam mana pun, ada juga di kalangan netizen yang setuju akak tu patut kena lempang dengan bro tadi gara-gara perangainya yang tak reti pakai signal. Aduh… min pun tak tahu nak cakap apa lagi dah.
Apa-apapun jadikan situasi ni sebagai pedoman mereka kat luar sana untuk jangan malas pakai signal lagi. Cuma cara bro tadi melempang wanita terbabit bagi admin memang tak wajarlah. Benda boleh settle baik-baik kan, kenapa nak kena lempang?