“Angan-angan macam pengganas Daesh” – Heliza Helmi Mahu ‘Mati Syahid’, Golongan Liberal Tak Puas Hati?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dalam situasi bumi anbiya yang sedang bergolak ini, Heliza Helmi sepertimana kita tahu sering saja dilihat aktif dalam membuat aktiviti-aktiviti kemanusiaan untuk mangsa peperangan di Palestin dan Syria.

Dalam satu temubual yang dimuat naik di Instagram, Heliza ada menyatakan keinginannya ingin mati syahid ketika berjuang di Syria. 

 

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid…”

Heliza dalam sesi temubual di MHI telah menceritakan pengalamannya yang hampir ditembak dengan selaras senapang di bawah dagu. Dalam situasi itu, Heliza berdoa, ‘Ya Allah ambillah nyawaku’ kerana terlalu mengimpikan mati syahid.

“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.

“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar.  Selepas beberapa minit, tempat yang kami lalui itu meletup (akibat dibom).

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu. Saya berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai.”

 

“Kita ada masalah besar bila pekerja kemanusiaan Muslim berkongsi angan-angan sama dengan pengganas Da’esh” 

Walau bagaimanapun, impian Heliza yang berharap semoga dia beroleh mati syahid itu nampaknya mendapat tentangan ramai terutamanya netizen di Twitter.

Rata-rata mereka yang didakwa berfikiran ‘liberal’ ini telah menyamakan impian Heliza itu sama seperti impian pengganas IS dan Daesh yang mengebom diri sendiri kerana ingin ‘mati syahid’. Korang rasa itu ke yang dimaksudkan Heliza?

Sumber: Twitter

 

“Dia nak mati syahid bukan bunuh diri” 

Pun begitu, pandangan netizen ‘liberal’ di atas disangkal semula dengan kenyataan netizen lain yang menganggap kata-kata penyanyi itu telah disalah anggap dan ditafsir di luar konteks.

Maksud Heliza mungkin dia teringin nak mati syahid dalam perjuangan membantu mangsa peperangan di sana. Disebabkan situasi di sana bahaya, jadi mungkin juga ada potensi beliau mati syahid. Jadi menurut netizen, tak salah dia meminta ingin mati dalam melakukan perjuangan (syahid). 

Sumber: Twitter

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Salahkah Heliza mahu mati syahid ketika membantu mereka yang memerlukan? Ataupun perkara ni sebenarnya yang menjadi sebab ramai yang mahu join ISIS?

Baca: “Laporan akhir dari Gaza” – Nadir Al Nuri, Wartawan Rakyat Malaysia Yang Mengabdikan Diri Untuk Gaza, Palestin

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!