in

“Laporan akhir dari Gaza” – Nadir Al Nuri, Wartawan Rakyat Malaysia Yang Mengabdikan Diri Untuk Gaza, Palestin

Nadir Al Nuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita telah melihat ramai aktivis dan sukarelawan yang pergi ke Palestin untuk memberikan bantuan buat rakyat yang sedang menderita di sana. Namun admin yakin, kita tak pernah melihat seorang seberani lelaki ini yang sanggup mengabdikan jiwa dan raganya untuk Gaza dan Palestin.


Beliau ialah Nadir Al Nuri, seorang rakyat Malaysia yang telah banyak melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan kini menetap Gaza. Dan 26 Mac lepas, Nadir telah memuat naik laporan akhir perkembangan di Gaza yang menarik perhatian netizen ramai.

 

Terlibat untuk beri bantuan kemanusiaan pada Gaza semenjak dari 2013 lagi

Berasal dari Bangi, Nadir yang berkelulusan Sains Marin dari Universiti Malaysia Sabah ini sudah lama terlibat dengan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Nadir 1
sumber: instagram

Sejak dari 2013 lagi, Nadir sudah menjalankan kutipan dan agihan sumbangan kepada kanak-kanak mangsa perang, ibu tunggal dan warga emas di Gaza melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM).

Sejak menetap di Gaza, pelbagai projek yang telah dijalankan Nadir antaranya ialah Ujibakat Star of Gaza, Pusat Kebudayaan Malaysia di Gaza, Bilik Berita Palestin dan Projek Baik Pulih Rumah.

46079697 2143997672286153 196898708351090688 N

54519471 2336523033033615 8453263694644641792 N
sumber: facebook

 

Bernikah dengan balu pejuang Palestin 

Pada 2016, Nadir menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang balu pejuang Palestin bernama Reem Al-Minawi, 38. Reem merupakan ibu tunggal anak 5 dan suaminya telah mati syahid dalam peperangan menentang zionis tak lama dulu.

Kahwin 1
sumber: bh

Pada awalnya, perkahwinan mereka tidak mendapat restu kerana kesukaran keluarga Reem menerima ‘orang luar’ sebagai suami dan keluarga Nadir sendiri tidak yakin sama ada dia boleh menggalas tanggungjawab bapa kepada 5 orang anak. Akhirnya, cinta mereka bersatu juga berkat kesabaran selama 3 tahun.

Kini, Nadir dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Haura’ Al-Jinan yang dilahirkan baru-baru ini.

View this post on Instagram

Sejak Rabu lepas, insan itu mengganggu tidurku pada setiap malam. . Dua jam sekali, dia akan meraung dan memanggil dan mengejutkan aku daripada lena walaupun tenang itu sangat aku perlu, dek otak celaru memikirkan 1001 tuntutan umat. . Jeritnya bingit memecahkan kesunyian malam, kadangkala aku sendiri tidak mengerti sebabnya. . Tetapi aku pasrah dan reda, untuk membiarkan dia mencuri sedikit daripada masa rehatku. . Sedikit demi sedikit, kesan kehadirannya juga nampak pada poket yang semakin nipis. Keperluannya bukan sedikit, setiap hari merengek memerlukan barang baru. . Kemudian datang pula masalah lain. . Dia cuba merampas ‘title’ aku sebagai wakil rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Aku bertarik tali, tetapi akhirnya dia berjaya. . Justeru kini ada dua orang rakyat Malaysia di Palestin. . Aku pasrah. . Malah aku bangga dan bersyukur dengan kewujudanmu yang telah begitu lama dinanti. . Ramai yang bertanya tetapi tak ramai yang tahu susah-payah yang aku lalui untuk engkau wujud di dalam hidupku. . Ramai yang telah merasa terlebih dahulu, pengalaman dikurniakan waris dari darah daging sendiri ke dunia, dan ramai lagi yang akan aku doakan merasa nikmatnya pada setiap sujud dan solatku. . Selamat datang permataku ke dunia. . Selamat bergelimpang di dalam penat-jerih pejuang pembebasan di Gaza. Selamat datang ke penjara terbuka terbesar dunia, ke tempat paling serasi untuk kau melata sekiranya kau mahu cepat menemui Pencipta. . Dan seperti namamu, Sang Bidadari Syurga, suatu hari kelak peluhmu akan bersatu dengan mereka. Darahmu akan mengalir demi agama. Batang tubuhmu akan menjadi benteng agar mereka yang teraniaya dapat dibela. . Selamat datang sayangku, penyejuk mata, pengundang gembira, pengubat hati yang lara. . Selamat datang, Haura’ Al-Jinan bin Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, anak Malaysia pertama yang lahir di bumi Palestina. . Terima kasih, Tuhan.

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri) on

 

Satu-satunya rakyat Malaysia yang buat laporan dari Gaza

Sungguhpun situasi bergolak di bumi Gaza, ia tidak mematikan semangat Nadir untuk terus membuat laporan dan menyebarkan berita mengenai kekejaman tentera zionis terhadap warga Palestin di media sosial.

Melalui laman Facebook Video Cinta Palestin, Nadir telah memuat naik segala temubual dan laporan mengenai Palestin di sana. Dia juga boleh dikatakan satu-satunya rakyat Malaysia yang masih gigih membuat laporan walaupun Gaza sedang bergolak diserang Israel. 

LAPORAN AKHIR PERKEMBANGAN DI GAZASetakat ini saluran berita Shehab menyebutkan bahawa serangan di Gaza sejak jam 5pm (waktu Gaza, 11pm waktu Malaysia) sehingga jam 6.30am pagi tadi melibatkan :7 markas latihan mujahidin diserang roket5 buah bangunan musnah total2 Pos kawalan di sempadan dibom8 kawasan tanah pertanian dibomPelabuhan nelayan di Khan Yunus, selatan Gaza dibom7 orang penduduk cedera tanpa ada syuhada'Serangan berakhir tanpa persetujuan Zionis terhadap gencatan senjata, dan mungkin meletus semula pada bila-bila masa.Doakan kami di Gaza, dan sumbangkan ke Tabung Kecemasan Gaza untuk bantuan awal mereka yang terkesan akibat serangan melalui akaun rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia :Maybank 5648 1050 7826Maybank 5648 1050 7826Maybank 5648 1050 7826Dan kongsikan berita ini seluasnya.

Posted by Video Cinta Palestin on Tuesday, March 26, 2019

Video laporan akhir dari Nadir

Bagi mereka yang nak baca update tentang Gaza, korang boleh follow Nadir Al-Nuri dan page Cinta Palestinnya. Semoga usaha Abang Nadir ini dirahmati dan dipermudahkan Allah selalu. Semoga juga selamat saja di sana menjelang Great March Return tak lama lagi. 

Baca: “Israel berjuang untuk hidup, pejuang islam bersedia untuk syahid” – KEJAM! Tentera Zionis Israel ‘Berkampung’ Di Perbatasan Gaza, Sedia Lancar Perang

Gaza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.