“Anda semua memang hebat!” – Anak Yatim Gigih Bantu Frontliner Siapkan ‘Pakaian Perang’ Guna Kain Ukuran 52 KM

Tambah ke Sumber Pilihan
“Anda semua memang hebat!” – Anak Yatim Gigih Bantu Frontliner Siapkan ‘Pakaian Perang’ Guna Kain Ukuran 52 KM

Kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan oleh petugas kesihatan di hospital dan fasiliti di seluruh negara semakin berkurangan. Banyak pihak telah menghulurkan sumbangan untuk memenuhi keperluan para frontliners kerana mereka perlu menggunakannya untuk merawat pesakit Covid-19.

Usaha murni itu cukup membantu para frontliners dalam merawat pesakit-pesakit ini. Namun, ianya tidak cukup untuk cover semua petugas kesihatan yang berkhidmatan di seluruh negara.


Penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) di Kajang, Selangor melakukan inisiatif untuk membantu menyediakan kelengkapan PPE.

Saiful Nang merupakan pengasas bersama RPWP berterima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia kepada usaha murni anak-anak yatim dan asnaf untuk membantu menyiapkan PPE kepada para frontliners, lapor Mstar.

PpppSumber: Mstar

Dia berkata melalui akaun Facebook miliknya, minggu lalu selepas 17,000 face shield dihasilkan dan diedar kali ni kain fabrik sepanjang 52 km akan dijahit siang dan malam dalam memenuhi ruang masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah anak yatim dan asnaf RPWP.

“Bagaimana kita biarkan perwira kita bertempur tanpa pakaian perang?”

Tambahnya, mereka cuma perlu korbankan rehat dan tidur sahaja. Kepenatan itu tidak dapat dibandingkan dengan frontliners yang sanggup korbankan nyawa mereka untuk memerangi ‘musuh’ yang tak kelihatan dari mata kasar.

PpeeSumber: Mstar

Menurutnya, tak sampai sehari kain dipotong senarai nama penerima sudah penuh dan Johor, Perak, Sabah dan Sarawak masih banyak yang memerlukan lagi.

PpeepeSumber: Mstar

Anak-anak RPWP sedih, ingat 22,000 set isolation gown dan tudung sudah mencukup namun ianya masih jauh dari mencukupi.

Baca : “Golongan artis patut malu dengan dorang ni” – Jahit PPE Untuk Frontliners, Banduan Penjara Penor Dipuji Netizen

Ppe

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fadilah Rofiie
Lagi tulisan Fadilah
Penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Anda semua memang hebat!” – Anak Yatim Gigih Bantu Frontliner Siapkan ‘Pakaian Perang’ Guna Kain Ukuran 52 KM
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/anda-semua-memang-hebat-anak-yatim-gigih-bantu-frontliner-siapkan-pakaian-perang-guna-kain-sepanjang-52-km/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM