in

Anda Kini Boleh Bersolek Dengan Koleksi Barangan Mekap Musang King Dari Elianto!

Elianto Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang Malaysia ni kalau sebut durian je menggagau semua kan? Haha! Boleh dikatakan durian adalah buah kegemaran ramai rakyat negara ni.

Tapi rasa-rasanya korang excited tak kalau ada produk mekap yang diinspirasikan daripada raja buah ni? Terbaru, jenama mekap lokal telah keluarkan rangkaian barangan mekap yang diinspirasikan daripada durian! Serious lahhhh?


Elianto 1
sumber: facebook

Koleksi Limited Edition Musang King Elianto

Siapa tak tau jenama Elianto kan? Dorang dah keluarkan koleksi produk Musang King dan dengar cerita ramai tertanya-tanya dan tak sabar nak cuba! Biar betul?

Lobak Merah dah tengok depan mata dan pegang sendiri produk Musang King ni. Koleksi ni terdiri daripada lip colour, eyeshadow, lip balm dan highlighter!

Whatsapp Image 2018 04 20 At 12.21.10

Whatsapp Image 2018 04 20 At 12.21.10 1
ni eyeshadow warna kuning dia
Whatsapp Image 2018 04 20 At 12.21.11
lip balm
Elianto 5
sumber: elianto

Bukan setakat koleksi mekap je….

Tapi, jangan terkejut! Bukan setakat mekap, Elianto jugak ada keluarkan perfume bau durian yang diberi nama, Elianto Durio Bloom EDP! Whuuutttt…

Katanya kalau pakai perfume tu, korang akan rasa macam tengah berada di dusun durian! Gituuuuu….

Elianto 3
sumber: elianto

Kalau korang gilaaaa durian, boleh la kotttt try! Tapi, admin try lip colour dia yang warna kuning tu, perghhh bukan setakat bau durian, bibir pun terasa je durian tu. Rasa macam nak jilat je bibir!

Whatsapp Image 2018 04 20 At 12.21.11 1

Honestly, masa nak pakai lip colour ni memang smooth je. Tak cepat kering, so senang nak apply seluruh bibir! Teringin lah tu nak cuba…. Boleh pergi beli dekat online store Elianto atau Lazada! Koleksi Musang King ni available untuk beli online dekat dua website tu je tau….

Boleh buat make up raya haha! Pergi rumah sedara mara bau durian, bukan bau rendang…

Baca: Hati-hati! Ini 13 Mekap Jenama Korea Ditarik Balik Kerana Ada Bahan Berbahaya!

Masuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.