Genting Highlands selalunya dikaitkan dengan keseronokan dan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini bermacam-macam kes yang tidak menggembirakan kita dengar sering berlaku di Genting Highlands.
Menurut Free Malaysia Today, seorang lelaki dari Malaysia telah dijumpai meninggal dunia dalam bilik hotelnya di Genting Highlands pada Jumaat lalu. Insiden mengejutkan ini diketahui oleh seorang pencuci sewaktu dia ke bilik hotel tersebut pada waktu pagi.
Siasatan polis mendapati bahawa lelaki bernama Cheng itu berusia 65 tahun dan ditemani oleh seorang lelaki lain sewaktu insiden berlaku. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut dikenal pasti sebagai anaknya sendiri.
Pihak polis berjaya mengesan anak lelaki Cheng di sebuah pusat peranginan di Genting Highlands. Anak lelakinya itu dikhabarkan menderita penyakit mental dan perlu sentiasa mendapatkan preskripsi ubat.
Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh anak Cheng yang berusia 35 tahun itu, dia dan bapanya sebenarnya merancang untuk membunuh diri bersama-sama di Genting Highlands. Boleh pula rancang nak bunuh diri sama-sama…
Namun, lelaki tersebut membatalkan niat membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui selepas melihat bapanya meninggal dunia. Sejurus selepas itu, seorang pekerja hotel ternampak anak Cheng berlari keluar dari bilik tersebut.
Berdasarkan rakaman CCTV, ternyata anak Cheng ada bersamanya sewaktu kejadian malang itu berlaku.
“Polis menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring dengan terdapat kesan di lehernya. Tali yang dipercayai digunakan pada leher mangsa juga ditemui di dalam bilik tersebut,” kata Othman Nayan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang.
Kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian secara tiba-tiba, tetapi kini disiasat di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan atas kesalahan bersubahat membunuh diri kerana wujud individu lain di dalam bilik sewaktu kejadian.
Jika disabitkan kesalahan, anak Cheng berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda kerana bersubahat membunuh diri. Tiada kecederaan fizikal dijumpai di pada mayat dan badan mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
Semoga tidak ada lagi kejadian-kejadian sebegini berlaku pada masa akan datang dan kita doakan anak Cheng cepat sembuh dari penyakitnya.
Baca: Gadis Cuba Bunuh Diri Dengan Kelar Leher Hubungi Polis Minta Bantuan Kerana Tidak Tahan Kesakitan