Ambil Tanah Kubur: JHEAT Bakal Kenakan Hukuman Denda RM 5,000 Atau Penjara 3 Tahun

Tambah ke Sumber Pilihan
Ambil Tanah Kubur: JHEAT Bakal Kenakan Hukuman Denda RM 5,000 Atau Penjara 3 Tahun

Nama Allahyarham Nurly Shahirah Azman yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke UPSI pada 9 Jum lalu mendapat perhatian ramai baru-baru ini selepas tular dakwaan yang mengatakan terdapat segelintir pihak mengambil tanah kubur dari pusara arwah untuk tujuan khurafat.

Susulan itu, perkara ini mendapat perhatian pihak berkuasa yang mana Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abd Aziz berkata, sebarang perbuatan khurafat di kawasan kubur boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara selama tiga tahun jika disabitkan kesalahan.


Artikel berkaitan : Menteri Agama Tegur Sikap Orang Awam Ambil Tanah Kubur Mangsa Nahas UPSI Untuk Tujuan ‘Berkat’

Artikel berkaitan : Tak Halang Orang Ramai Dari Ziarah Pusara Arwah, Tapi Perlu Jaga Adab Ketika Ke Tanah Perkuburan –  Bapa Nurly Sahirah

Menurutnya lagi, segala perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 3A, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

“Mana-mana individu yang melakukan perbomohan, sihir atau apa-apa perbuatan yang bercanggah boleh dikenakan tindakan.”

“Hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.”

Tambah beliau, pemeriksaan dan pemantauan secara berkala oleh pihak Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Besut akan dijalankan untuk memastikan tiada amalan syirik atau khurafat berlaku di kawasan perkuburan tersebut.

Screenshot 2025 06 30 131255

Jumaat lepas, tular satu hantaran memperlihatkan ada pengunjung mengambil tanah kubur dan memasukkannya ke dalam poket dan plastik untuk dibawa pulang. Ia membuatkan keluarga mangsa mengambil inisiatif untuk mengelakkan perbuatan itu berulang dengan memasang tali penghadang.

Dalam pada itu, wakil keluarga turut menetapkan kunjungan ke kawasan kubur hanya dibenarkan dari jam 9 pagi hingga 6 petang, manakala tiada sebarang lawatan dibenarkan pada 2 hingga 5 Julai atas sebab tertentu.

Sumber : Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ambil Tanah Kubur: JHEAT Bakal Kenakan Hukuman Denda RM 5,000 Atau Penjara 3 Tahun
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ambil-tanah-kubur-jheat-bakal-kenakan-hukuman-denda-rm-5000-atau-penjara-3-tahun/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM