APAD Bantu Mangsa & Waris Pelajar UPSI Terlibat Nahas Gerik

Tambah ke Sumber Pilihan
APAD Bantu Mangsa & Waris Pelajar UPSI Terlibat Nahas Gerik

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang giat membantu mangsa dan waris pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam nahas kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik dalam membuat tuntutan insurans kepada pihak yang terlibat.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan agensi tersebut, 37 waris mangsa menetap di Terengganu, empat (4) di Kelantan, dan masing-masing seorang di Kuala Lumpur dan Johor.

Dalam masa yang sama, pihak APAD juga mendapatkan bantuan dari pihak UPSI bagi membantu menghubungi semua mangsa dan juga waris yang terlibat untuk tujuan pengumpulan dan juga pengesahan maklumat berkaitan.

APAD Bantu Mangsa & Waris Pelajar UPSI Terlibat Nahas Gerik - Lobak Merah
Upsi

Selain itu, pihak APAD memohon kerjasama mana-mana mangsa atau waris untuk menghubungi pegawai APAD, Puan Ameera Mohd Ali di talian 03-2603 6763 atau melalui emel ameera@apad.gov.my bagi tujuan penyelarasan tuntutan insurans tersebut.

Mangsa atau waris juga boleh berhubung terus kepada pejabat Cawangan APAD yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Agensi tersebut juga menzahirkan rasa simpati dan dukacita di atas insiden yang melibatkan kehilangan 15 nyawa serta kecederaan kepada beberapa orang pelajar di dalam Bas Persiaran yang terbabit nahas.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, APAD komited dalam memastikan kebajikan mangsa dan juga waris sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya melalui tuntutan insurans kepada pihak berkenaan.

Dalam masa yang sama, APAD juga sentiasa memantau aspek keselamatan operasi pengangkutan awam darat melalui pematuhan Keperluan Tahap Perkhidmatan, termasuk syarat-syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh semua pengendali.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Lobak Merah
Lagi tulisan Lobak
Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu viral setiap hari.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

APAD Bantu Mangsa & Waris Pelajar UPSI Terlibat Nahas Gerik
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/apad-bantu-mangsa-waris-pelajar-upsi-terlibat-nahas-gerik/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM