in

Ambil Remaja 15 Tahun Untuk Lakonkan Watak Isteri Ketiga, Sinetron Ini Cetus Kemarahan Netizen Indonesia

Feature 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau di Malaysia drama pukul 7 petang yang sering menjadi buah mulut netizen negara kita, sinetron Indonesia di negara seberang pula apa kurangnya.


Namun, kali ini sinetron terbitan saluran Indosiar dikecam sebab pelakon yang diambil untuk melakonkan watak isteri ketiga merupakan pelakon remaja yang berusia 15 tahun sedangkan dalam sinetron terbabit, ada beberapa babak yang tidak sesuai untuk dilakonkan pelakon muda itu.

Sinetron 1

Menurut Berita Harian, sinetron ini mengisahkan tentang Zahra yang dilakonkan Lea Ciarachel (15 tahun) yang menjadi isteri ketiga kepada watak utama yang dilakonkan oleh pelakon lelaki berusia 39 tahun. Ada satu babak tu pelakon lelaki kena cium perut remaja ni sebab happy isterinya itu mengandung. 

Jadi, ini telah mencetuskan kemarahan netizen Indonesia termasuklah artis-artis mereka. Ramai penggiat seni negara itu mempersoalkan kenapa tak guna khidmat pelakon yang berumur 18 tahun ke atas untuk memegang watak berkenaan, lapor Kompas.com.

Selain itu, CNN Indonesia juga melaporkan bahawa lebih 50 ribu individu telah menandatangani petisyen agar tayangan sinetron itu dihentikan sebab rata-rata mereka berpendapat ianya mempunyai unsur-unsur child grooming dan pedofilia.

Walaupun watak isteri ketiga dalam sinetron itu telah tamat sekolah, namun pengambilan remaja bawah umur berkenaan sebagai watak wanita yang bersuami amatlah tidak sesuai.

Sinetron 2

Tayangan sinetron Suara Hati Istri kini telah digantung setelah diarahkan untuk berbuat demikian oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia. Tayangan dikatakan boleh disambung semula selepas pelakon remaja tersebut diganti dengan pelakon dewasa yang lain.

Difahamkan, episod terbaru sinetron ini telah menampilkan pelakon baru yang menggantikan remaja itu dan jalan cerita itu juga telah ditukar.

Dengar kata, wajah Zahra pun dah berubah lepas menjalani pembedahan akibat kemalangan jatuh gaung. 

Sumber: CNN Indonesia, Berita Harian, Kompas.com, YouTube Indosiar, KapanLagi.com

Baca: “Acik bawang sana suka sinetron zoom in zoom out”- Rating Teruk? Drama Nur Hanya Ditayangkan 1 Eps Saja di Indonesia 

Sinteron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.