in

“Dulu terpacak depan TV”- Ini 8 Sinetron Indonesia Yang Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia Suatu Ketika Dahulu

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sinetron dari negara seberang pernah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Walaupun ada beratus-ratus episod, kita tetap sabar tunggu setiap minggu sebab nak tahu apa jadi dekat watak utama yang sengsara tu. Yang paling legend dalam sinetron mestilah scene zoom in zoom out. 


Jadi, kali ini kami nak kongsikan dengan anda lapan sinetron Indonesia yang pernah jadi kegilaan penonton Malaysia pada suatu ketika dahulu.

#1 Cinta Kirana

Drama 93 episod ini mengisahkan tentang percintaan gadis biasa, Kirana lakonan Nia Ramadhani yang bekerja sebagai penghantar surat khabar dengan seorang lelaki kacak iaitu Galang lakonan Randy Pangalila. Drama ini telah ditayangkan di Astro Ria pada sekitar tahun 2010.

Sinetron 1 1 1

Lagu OST cerita ni iaitu Dia Milikku oleh Yovie & Nuno memang best dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang lagi di telinga penggemar lagu dari seberang.

#2 Bawang Merah Bawang Putih 

Rasanya sinetron ni yang paling famous waktu dulu-dulu. Min yakin kebanyakan orang mesti pernah tengok walaupun satu episod. Drama yang diterbitkan oleh MD Entertainment ini pula telah ditayangkan di TV3 sekitar tahun 2006 dan 2007.

Sinetron 3

Mengisahkan tentang Siska (Bawang Merah) dan ibunya, Rika Sumanto yang dengki dengan kebahagiaan dan kekayaan Alya (Bawang Putih) dan ibunya, Jasmine. Dorang ni berjiran manakala anak-anak mereka pula bersekolah di sekolah yang sama. 

Hidup Alya jadi susah apabila ibunya meninggal dunia dan Rika menjadi ibu tirinya. Dialog legend dalam cerita ni ialah bila ada nenek jahat iaitu Omma Bertha yang akan cakap “Tatap mata saya” setiap kali dia nak buat sesuatu yang tak baik.

#3 Mutiara Hati 

Ditayangkan di TV9, drama bersiri ini pula menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Nabila yang penuh dengan rasa ingin tahu. Namun, ibunya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil. Jadi, cikgunya iaitu Ibu Arini lah yang menjadi tempat untuk Nabila bertanya soalan.

Dialog popular dalam cerita ni tak lain tak bukan ialah “Ampuni Nabila Ya Allah”. Dek penangan cerita ni, sampai sekarang pun masih ada yang guna ayat ni kalau ada terbuat salah. 

#4 Cinta Bersemi Di Putih Abu-Abu 

Drama yang disiarkan di Astro Ria sekitar tahun 2012-2013 ini pula mengisahkan tentang Luna yang berasal dari keluarga susah yang diterima masuk ke sebuah sekolah yang terbaik di Jakarta. Di situ, ada sekumpulan pelajar lelaki iaitu R4 yang sering membuli mereka yang lemah dan Luna juga turut menjadi mangsa.

Namun, lama-kelamaan Alex pula yang jatuh hati kepada Luna. Kalau korang tak pernah tengok lagi cerita ni, boleh lah start binge-watch hari ni.  

#5 Nada Cinta 

Drama lakonan Mikha Tambayong dan Randy Pangalila ini telah ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2011-2012. Mengisahkan tentang kehidupan gadis bernama Nada yang suka muzik, lagu temanya juga pernah meniti di bibir remaja Malaysia yang sering menonton sinetron ini.

Sinetron 5

#6 Tasbih Cinta 

Sinetron 101 episod ini juga popular pada beberapa tahun dulu sebab telah disiarkan di TV3 dan dibarisi pelakon popular Indonesia seperti Laudya Cynthia Bella dan Andrew Andika.

Mengisahkan tentang Bella yang dibesarkan oleh pelacur selepas terpisah dari keluarganya akibat kemalangan ketika kecil, dia terpaksa bekerja keras untuk mencari wang sebab taknak jadi pelacur macam ibu angkatnya itu.

Bella kemudiannya bertemu dengan Jojo dan mereka saling jatuh cinta. OST drama ini pun best jugak, sedih betul kalau dengar lagu tu. 

#7 Ratapan Anak Tiri 

Drama bersiri ini pula mengisahkan tentang tiga beradik iaitu Marsha, Fika dan Rizki yang terpisah selepas hidup mereka sengsara akibat ibu tiri iaitu Rinda. Rinda berkomplot dengan kekasihnya untuk membolot harta keluarga tiga beradik tersebut.

Sinetron agak sedih bagi min sebab kesian tengok dorang tiga beradik macam tu. Kalau korang nak tengok balik drama bersiri ni, boleh tengok di YouTube MD Entertainment.

#8 Anakku Bukan Anakku 

Menurut Budiey.com, sinetron 65 episod ini telah disiarkan di TV3 pada tahun 2008. Ia berkisar tentang pasangan suami isteri yang hidup susah iaitu Bayu dan Rona. Bayu telah menukar bayinya yang baru lahir dengan bayi pasangan kaya iaitu Nico dan Vivian yang juga merupakan jirannya.

Sinetron 4

Dia buat macam tu sebab taknak anaknya tu hidup susah macam dia dan isteri. Untuk pengetahuan korang, sinetron ini telah diadaptasi kepada drama Melayu iaitu Puteri Yang Ditukar yang ditayangkan di Astro Prima beberapa tahun lalu.

Kalau tengok sinetron memang akan stres sebab geram tengok watak utama ditindas. Jadi, sinetron yang mana satu yang jadi kegemaran korang waktu dulu-dulu ni? 

Sumber: Budiey.com, YouTube MD Entertainment, Blog, Wikipedia Bahasa Indonesia  

Baca: “Ni dah habis idea kot”- Netizen Terhibur Tengok Tajuk Drama Panjang & Merapu

Sinetron

Sumber: Blog
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia
Sumber: Budiey.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.