in

“Acik bawang sana suka sinetron zoom in zoom out” – Rating Teruk? Drama Nur Hanya Ditayangkan 1 Eps Saja di Indonesia

Drama Nur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suatu ketika dulu, drama bersiri Nur pernah menjadi antara drama kegemaran rakyat Malaysia yang ditayangkan ketika bulan Ramadan.


Dek kerana fenomena yang dicetuskan drama tersebut, ia katanya telah ditayangkan di Indonesia pula iaitu di siaran televisyen rasmi mereka di sana.

Nur 2 2019 Sinopsis Drama Samarinda Tv3

Pun begitu, Nur yang menampilkan Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi pelakon mantap itu katanya mendapat sambutan kurang menggalakkan di Indonesia sehingga ia terpaksa dihentikan tayangan selepas episod satu disiarkan.

Laa biar betul ni?

 

“Selera mereka tak sama dengan selera kita” – Shahrulezad 

Perkara ini telah dikongsikan oleh pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin di Instagramnya yang mana dia menyifatkan ‘selera’ penonton di negara seberang tidak sama seperti kita di sini.

Manakala dah beli syndicated drama Nur dua season tapi burn macam tu jer. Suka hati korang la. Duit korang kannnn…

“Apa apa pun abam nak berhusnozon sempena puasa ni. Selera mereka tak sama dengan selera kita. Acik acik bawang sana suka treatmen sinetron zoom in zoom out dgn character development dan music score sejenis overwhelming. 

“Manakala selera penonton Malaysia pulak abam faham yg macam mana. Dan drama Nur diterbitkan untuk penonton Malaysia pada awalnya bukan untuk penonton sana. So ‘logik’ jer kalau drama Nur tak pergi kat sana,” katanya.

Malah menurutnya lagi, apa yang penting mesej dakwah yang ingin disampaikannya itu mengalir menerusi drama tersebut.

“Yang penting bagi abam mesej dakwah dalam Nur tu mengalir ker drama mereka walaupun payah derang nak mengaku kehebatan drama dari Malaysia walaupun terpaksa ‘membunuh’ drama dari kita dengan alasan rating.

“Its okie. Yang penting mesej being delivered,” katanya lagi.

 

“Yaa cuma 1 episode saja. Padahal ceritanya seru banget” 

Posting pengarah tersebut mendapat sokongan rakan artis dan peminat dramanya dari Indonesia juga yang menjelaskan rata-rata ramai yang menggemari drama tersebut.

Pun begitu, masih ada sebilangan penonton Indonesia yang kurang menggemarinya atas sebab selera mereka berbeza, bak kata Shahrulezad sendiri.

Zoom 1

Apa-apapun kalau drama tu dari air tangan Budak Ijat mesti best kan? Kita tunggu pula next drama dari mereka.

Baca: “Nak tampar, simbah asid, bunuh” – Jasmine Suraya Nak Berhenti Berlakon Watak ‘Perampas’ Lepas Terima Banyak Ugutan

Drama

Sumber: Utusan TV
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.