Video aksi perempuan cuba masuk kereta yang bergerak melalui tingkap dan menunjukkan situasi belakang tabir bagaimana video tersebut dirakam telah pun viral baru-baru ni.
Ramai juga netizen yang tidak melepaskan peluang untuk remake video tersebut termasuklah frontliner. Dalam perkongsian @nazimjurufoto, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang memaparkan dia membuat semula aksi tersebut bersama rakan-rakannya.
“Bagi chance la”
@mickobridalgallery Bila selesai satu tugasan. Ambik mood katanya.ni ke yg trending tu kan. ? #frontliner #tiktokmalaysia #fypシ #esekeli #fyp
Nazim yang merupakan petugas barisan hadapan telah remake video yang hampir sama dengan video yang viral bersama tiga orang rakan frontlinernya yang lain. Apa yang menarik dengan video ini adalah kenderaan yang digunakan mereka.
“Nampak sama tapi lain”
Dalam video tersebut, mereka dengan lengkap berpakaian PPE telah menggunakan van ambulan sebagai ‘prop’. Video itu juga memaparkan situasi di belakang tabir yang menunjukkan seorang rakannya mengibas dahan pokok dan seorang lagi memberikan hand sanitizer melalui tingkap. 100% untuk effort.
Video yang di muat naik oleh Nazim semalam telah mendapat lebih daripada seratus ribu tontonan sehingga kini di akaun Tiktoknya. Rata-rata yang menonton video itu terhibur dengan aksi mereka. Walaupun penat bekerja tapi mereka masih nampak ceria. Tak penat ke…
Video itu dikatakan dirakam selepas mereka menyelesaikan satu tugasan. Netizen juga mendoakan agar mereka sentiasa diberikan perlindungan dan sentiasaa sihat.
Kreatif juga frontliner kita, walaupun nampak macam penat tapi mereka enjoy dengan kerja.
Baca: “Paling rare”- Viral Video Gf Terbang Masuk Dalam Kereta Netizen Puji Effort Tiktoker Ni