“Alkohol level 100000000000” – Bengang Kena Patuk, Lelaki Gigit Balik Ular Sampai Putus

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Orang selalu kata yang kita kena berani hadapi cabaran, tapi admin yakin cabaran macam ni mesti sesiapa pun tak berani nak lalui.

Kita kalau nampak ular dari jauh pun dah bergetar lutut apatah lagi kalau dekat inikan pula nak disentuh. Tapi lelaki ni punya berani memang dah another level, mabuk punya pasal dia boleh gigit ular tu sampai putus sebab bengang kena patuk!

 

Kes orang kena patuk ular tu selalu, tapi yang ni pelik siap gigit balik sampai putus simpan dalam beg”. – Doktor

Pada waktu itu, Raj Kumar sedang berehat-rehat kat rumah dia di Uttar Praddesh, daerah timur India sambil ‘minum’, tiba-tiba kaki dia tersadung dekat satu ‘benda’ panjang ni, rupa-rupanya terpijak ular lepastu terus kena gigit.

Bengang punya pasal, dia boleh gigit balik ular tu sampai putus. Menurut ayah Kumar, Babu Ram. Kumar masa tu tengah mabuk.

Kumar kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat gigitan ular tu sambil bawa ular tu simpan dalam beg.

Menurut. The Guwahati Times, keadaan Kumar agak serius dan dia dihantar ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan.

Tapi difahamkan, ular tu bukan lah ‘patuk’ tapi cuma ‘gigit’ sebab ianya merupakan ular sawa tikus, spesis ular yang tak berbisa pun.

Malah dikhabarkan, keluarga Kumar dah bakar dah pun ular tu lepas semua hal ini dah selesai. Reasksi netizen, masing-masing terkedu dan rasa terhibur bila melihat keberanian lelaki tu.

Walaupun kejadian ni tak berlaku di Malaysia, tapi bab-bab ular masuk rumah ni dah selalu sangat berlaku. Harap dapat ambil langkah berjaga-jaga lepas ni.

 

Baca : “Dia pernah tangkap…” – Marah Ular Patuk Dekat Muka, Warga Emas Gigit Balik Ular Sampai Mati

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.