in

Alasan Sebab Selalu Gaduh, Lelaki Bengang ‘Owner’ Baru Jual Balik Kucing Yang Di ‘Adopt’ Dengan Harga RM400

Jualkucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi penggemar kucing, buatlah adoption daripada beli, namun begitu kes yang terjadi kat bawah ni membuatkan kita untuk fikir semula jika ingin memberikannya kepada orang.

Perlu lakukan penyelidikan supaya nasib kucing-kucing ini terbela dan tidak teraniaya apabila bersama pemilik baru kelak.


Amat menyedihkan apabila ada pihalk yang tak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan amalan murni ini sebagai kesempatannya untuk dijadikan ‘jalan pintas’ untuk mendapatkan wang tunai.

Seorang lelaki yang memiliki 2 ekor kucing peliharaannya telah diberikan kepada tuan baru, mereka berhubung menerusi Facebook Group Cat Free For Adoption (Malaysia).

Tanpa diduga si tuan baru itu rupanya ambil kucing yang dinamakan Tom & Jerry itu untuk kaut untung dengan menjual kucingnya berharga RM400 bagi salah seekor kucingnya kerana ia dijual secara asing-asing!

Ia diketahui apabila gambar kucing-kucingnya itu diiklankan ke dalam Group lain 2 minggu selepas kucing-kucingnya itu diserahkan kepada individu tersebut.

Apabila lelaki itu cuba menghubunginya, alasan yang diberikan oleh individu itu adalah kerana Tom & Jerry itu kerap bergaduh.

119949227 10159467749353561 3196331325451049033 N 119962998 10159467749503561 4663706262054558211 O

Walaubagaimanapun pemilik sebenar mendakwa sepanjang dia bela Tom & Jerry, kucing-kucing itu tak pernah bergaduh.

Disebabkan itu, lelaki tersebut dan Ani Red Wolf Hassan, pengendali FB Group itu ada cuba untuk dapatkan semula kucing-kucing tersebut tapi malangnya gagal kerana kucing itu telah diberikan dengan cara sukarela.

“Balai polis PJ cakap takda kes sebab Fazril Nordin dah serahkan T&J dengan suka rela hati, bukan paksaan.”

Berikutan dengan kes ini, ia telah mengajar Ani sebagai admin untuk lebih berhati-hati.

“Takpalah. Lepas ni min ada draft satu borang hitam putih utk sebarang urusan serah kucing. Kalau ada hitam putih, baru boleh dakwa dakwi jika adopter jual kucing yang dia dapat percuma tu. Semoga kes ni jd pengajaran kepada yang lain.”

Sekarang ini hanya mampu berdoa je lah agar kedua-duua si comel itu tak terpisah. Ya lah, kucing ni dah macam ahli keluarga, siapa je tak sedih bila ‘ahli keluarga’ dijual, malah dipisahkan.

 

Baca : “Harap dia kena hukuman berat”- Suspek Hempas Kucing Serah Diri di Balai Polis Setapak

Hempas

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.