in

Alasan Masa Dah Habis, Pelajar SPM Ini ‘Frust’ Dapat Dengar Sekali Je Untuk Ujian Mendengar BM

Fi Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi bekas calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lepas, mungkin korang tak berpeluang untuk jalani ujian mendengar bagi kedua-dua mata pelajaran BM dan BI seperti calon tahun ini. Seingat min, dulu min mula jawab ujian mendengar masa Tingkatan 6 untuk ujian MUET je. Itu pun dah rasa susah dah!

Baru-baru ini kecoh isu pelajar SPM kini perlu menjalani ujian mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan #SPM2021 menjadi trending di laman Twitter semalam!


Mungkin disebabkan ia pertama kali dijalankan, jadi macam-macam lah isu yang kecoh berkaitan ujian mendengar SPM ini. Seperti satu tweet daripada salah seorang calon ini, katanya ramai yang ‘frust’ sebab dapat dengar sekali je masa ujian dijalankan!

https://twitter.com/qaliesyaa/status/1495629520833245185

Menurut pelajar ini, calon akan diberi peluang dua kali mendengar bagi setiap petikan soalan. Pun begitu, apa yang berlaku kepada mereka semasa menjalani ujian mendengar subjek Bahasa Melayu semalam ialah mereka hanya diberi sekali je peluang mendengar bagi bahagian akhir soalan.

Apa yang membuatkan mereka tambah ‘frust’ ialah alasan yang diberikan kerana “masa dah habis” padahal loceng tanda masa tamat masih belum berbunyi. Kesal dengan apa yang terjadi, mereka bertindak untuk menyuarakan kepada pengawas peperiksaan, namun jawapan mereka hanya “kejap, kejap”.

“Ala takpe la at least dah dengar sekali dpt la tu,” jawab ketua pengawas yang menjaga bilik peperiksaan mereka.

Disebabkan tweet pelajar ini mendapat perhatian ramai, ada juga yang mengatakan bahawa audio bagi ujian mendengar ini sebenarnya lebih panjang daripada masa menjawab yang diberi.

Media Spm

Rupanya ramai juga calon lain alami masalah yang sama!

Jika dilihat di bahagian replies tweet pelajar ini, ramai lagi calon yang alami masalah sepertinya.

Spm Ujian 1

Semoga tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh pihak bertanggungjawab dan isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Apapun, adik-adik jangan frust sangat dan all the best kepada semua!

Baca: “Tak releven” -Sheikh Muszaphar Kecewa Soalan SPM Keluar Pasal ‘Perkahwinan Idaman’

Baca Spm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.