Bagi generasi-generasi 80-an keatas, pasti mereka pernah dengar satu gossip mengenai ratu Rock negara, Ella di sekitar tahun 1990-an dimana penyanyi lagu Sepi Sekuntum Mawar Mewar ini pernah dikaitkan dengan bekas pemain badminton negara Rashid Sidek pada waktu itu.
Masa kian berlalu, masing-masing dah ada kehidupan mereka, tetapi ada netizen secara tiba-tiba ungkit balik kisah lama.
Ala cerita lama”
Dalam satu tweet daripada seorang netizen, kelihatan gambar Ella bersama Rashid Sidek sedang duduk bersebelahan dan berbual daripada satu keratan akhbar.
Walaubagaimanapun, Ella yang terkenal dengan perwatakan manja dan lemah lembut ini bersikap terbuka dan tidak melatah, dia siap beri respon dan siap ‘payung’ lagi gambar yang lebih jelas.
Kata Ella, pada waktu itu mereka berkawan sahaja dan akui dirinya memang peminat anak-anak Sidek.
Alaa cerita lama , hanya kawan… lagipun , i’m a fan of Anak anak Sidek … ok gambar ni jelas sikit ? https://t.co/aPlTdZMPVJ pic.twitter.com/DkUOX8L0ez
— ella aminuddin (@EllaAminuddin) September 6, 2021
Tweet ini telah meraih lebih daripada 6,000 jumlah perkongsian sejak Ella respon semalam, bagi netizen yang masih ingat dengan gossip ini, peminat itu mengatakan bahawa dia berharap mereka disatukan tetapi Ella berseloroh mengatakan bahawa…

Dalam pada itu, ramai juga netizen terhibur kerana melihat respon dan komen yang dibalas oleh Ella, mereka seolah-olah dapat ‘mendengar’ cara Ella jawab.
I can hear her voice – Netizen

Min rasa….min pun terlenggok-lenggok bila baca komen *gaya Ella.

