in

“Permintaan keluarga kandung” – Kes Adik Bella Belum Selesai, Siti Bainun Mohon Dapat Balik Hak Jagaan 5 Anak Angkat Lain

Ft Siti Bainun Mohon Hak Jagaan Semula Anak Angkat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan telah memfailkan permohonan bagi mendapatkan semula hak penjagaan ke atas lima orang anak angkatnya. Kelima-lima mereka kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak kes penderaan ke atas adik Bella mula terbongkar.


Menurut Bernama, Siti Bainun, 29, memfailkan permohonan tersebut bersama-sama dengan empat ibu kandung anak angkatnya menerusi Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Adik Bella Sebelum Selepas Didera

 

Permintaan keluarga kandung

Berdasarkan permohonan itu, dia dan empat ibu kandung terbabit memohon perintah jagaan sementara terhadap lima anak terbabit yang telah diberikan kepada beberapa buah pusat jagaan di bawah JKM pada 16 Julai lepas, dibatalkan serta merta di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bukan itu saja, permohonan tersebut turut menyatakan bahawa ia merupakan permintaan daripada keluarga kandung lima anak itu sendiri, yang mahu hak jagaan diberikan kepada Siti Bainun.

Peguam yang mewakili semua pemohon, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, pendengaran permohonan itu sepatutnya berlangsung semalam (4 Ogos), kerana pihaknya telah memfailkan perakuan segera.

“Bagaimanapun, pihak JKM tidak bersedia dan mahu membalas afidavit yang difailkan pihak kami. Jadi mahkamah menetapkan satu tarikh lain (14 September) untuk pendengaran permohonan tersebut.”

“Pihak kami juga telah membuat permohonan interim untuk Siti Bainun mendapatkan akses kepada lima anak ini kerana beliau tidak pernah diberi akses kepada mereka sejak diambil JKM pada 16 Julai lepas.”

“Pada hari ini, mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk membenarkan Siti Bainun mengakses lima anak angkatnya melalui panggilan video, penghantaran lampin pakai buang, susu untuk anak Sindrom Down dan peranti untuk dua anak yang bersekolah bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).”

Siti Bainun Di Mahkamah

Nur Aminahtul Mardiah mewakili semua pemohon manakala Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Noor Afdzan Mohd Sahandrigani, Asiah Bachok dan Mohd Imran Mohd Zanyuin bertindak bagi pihak responden.

Sebelum ini, kelima-lima anak jagaan yang dituntut berusia antara 2 hingga 16 tahun itu kesemuanya di bawah jagaan Siti Bainun dengan dua daripada mereka adalah Sindrom Down.

Baca: Trending #JusticeForBella, Ini Kronologi Kes Kanak-kanak Malang Tersebut

Fi Bella

Sumber: Twitter
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.