in

“Aku rasa aku kahwin terlalu cepat” – Zarina Anjoulie Jawab Teka-Teki Netizen Mengapa Bercerai Selepas 6 Bulan Kahwin

Zarina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas membuat kejutan dengan mengumumkan sudah bercerai lepas enam bulan melayari bahtera perkahwinan, Zarina Anjoulie yang tidak mahu netizen terus berteka-teki akhirnya membuat pengakuan mengapa hubungannya dengan suami, Eilyas Azhar bertemu titik nokhtah.


Menerusi perkongsiannya di instastories, Zarina yang lebih mesra dipanggil Anju ini memberitahu bahawa tindakannya berkahwin dengan Eilyas adalah satu keputusan yang tergesa-gesa.

Anju juga menjelaskan perkara itu tidaklah seburuk yang ramai sangkakan kerana dia menerima banyak DM yang bertanya akan keadaannya sekarang.

Tak ada apa-apa yang teruk pun. Of course aku takkan aibkan my ex, you know. 

“Aku rasa aku kahwin terlampau cepat. Itu je. Sebabkan orang yang pressure,” jelasnya.

Tak cukup dengan itu, Anju juga memuat naik posting di Instagram menjelaskan kembali perkara tersebut dengan mengatakan dia bersama bekas suami tidak lagi serasi bersama dan keputusan yang dibuat adalah pilihannya sendiri.

Malah Anju juga memberitahu bahawa dia ingin lebih dekat dengan keluarga serta anaknya dan berterima kasih kepada mereka yang mengambil berat serta mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Semoga Anju terus tabah dan bertemu dengan jodoh lain lebih baik di masa hadapan. 

Baca: “Aku dah cerai, best day of my life” – Zarina Anjoulie Sahkan Penceraian Lepas 6 Bulan Dirikan Rumah Tangga

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.