Sebentar tadi, pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju mengesahkan yang perkahwinannya dengan Eilyas Azhar telah pun berakhir.
Perkara ini disahkan oleh Anju sendiri menerusi Instagram peribadinya dan menganggap ia merupakan hari paling terbaik dalam hidupnya.
Alhamduliah yeay. Aku dah cerai best day of my life… Alhamdulillah terima kasih yas.”
Untuk pengetahuan korang, Anju telah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas pada 17 Julai tahun lepas di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban.
Sebelum itu, Anju pernah berkahwin dengan seorang lelaki dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Anju dikurniakan seorang anak, Awangku Gabriel Martin Ezra hasil dari perkahwinan pertamanya.
Walaupun Anju telah menutup ruangan komen tentang penceraiannya, netizen yang rata-ratanya terkejut dengan berita itu tetap memberikan pendapat mereka tentang berita tersebut di postingnya yang lain.