“Aku pernah terkantoi mesej dengan officemate”- Suami Dibelenggu Serba Salah Lepas Geledah HP Arwah Isteri

Kerana mulut badan binasa, mungkin ini boleh juga dijadikan satu pengajaran buat seorang lelaki kerana dibelenggu rasa bersalah atas ketelanjuran kata terhadap isterinya sebelum meninggal dunia.
Sahabat kepada Eddie Diena ini dibelenggu rasa serba salah kerana mengeluarkan kata-kata tajam sehingga mengguris hati arwah isterinya itu.
Perkara itu diketahui selepas Eddie menghubungi sahabatnya setelah terbaca status di WhatsApp dengan mengatakan “Perkara paling menyakitkan ialah rindu pada yang telah tiada.”
Ter ‘bodyshamming’ isteri
Lelaki yang dikenali sebagai Zack itu menyatakan bahawa dia rasa menyesal dengan apa yang telah dia lakukan kepada arwah isterinya sebelum ini.
Kisahnya apabila, rahsia Zack menghubungi rakan sekerja perempuan terbongkar oleh arwah isteri.
“2 bulan sebelum arwah isteri aku meninggal. Aku pernah terkantoi mesej dengan kawan 1 tempat kerja aku. Masa tu bini aku marah sangat dekat aku. Sebab aku dah tak tahan sangat dia bising-bising. Aku pun terus lah cakap.”
“Ye, memang abang suka tengok budak perempuan tu. Cantik, pandai melawa. Pinggang ramping. Tak macam awak. Gemok gedempol.”
Selepas kejadian itu, isterinya terus banyak berdiam, arwah tidak seceria seperti dulu ketika Zack baru pulang kerja.
Tindakan itu membuatkan Zack merasakan bahawa arwah isterinya terasa hati dengan apa yang dikatakan. Bagaimanapun, sehari sebelum arwah isteri ditidurkan, arwah isteri ada menghubunginya dan meminta maaf kepadanya.
“Abang, sayang nak minta maaf dengan Abang dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Minta halalkan makan minum sayang selama jadi isteri. Sayang minta maaf sebab tak dapat nak kurus macam perempuan yang Abang inginkan, Maafkan sayang ye. Tolong doakan supaya sayang mendapat redha dari Suami sayang sebelum sayang pergi.”
Namun begitu, mujur Zack sempat meminta maaf kepada arwah terhadap salah silap yang dia telah lakukan kepada isterinya.
Namun begitu hati Zack bertambah remuk setelah dia menemui hasil pencarian di internet dalam telefon bimbit arwah isterinya.
“Aku baru je godeh-godeh (bukak) handphone arwah pagi tadi. Aku baru ada kekuatan untuk nak tengok apa yang ada dekat handphone dia.”
Dedah Zack, platform seperti Google, YouTube dan troli Shoppee yang ditemui semua adalah hasil berkaitan dengan langkah-langkah untuk menurunkan berat badan.
“Ini adalah apa yg dia search sepanjang tempoh dua bulan ni bro, dan aku tengok dekat troli Shoppee dia. Penuh dengan produk untuk kurus yang dia nak beli tapi dia tak mampu beli sebab aku tak bagi dia duit yang cukup untuk beli semua tu.”

Pesan Zack kepada Eddie, harap kisah perit yang dialaminya inid pat dijadikan pengajaran dan hargai isteri ketika masih ada.
Malah, untuk suami yang mahukan isteri cantik mereka seharusnya memberi kata semangat. Bantu apa yang patut, bukan condemn.




