in

“Muka senyum, tapi hati sakit” – Tak Dapat Kerja Sebab ‘Saiz Badan’, Luahan Gadis Ini Buat Ramai Sebak

Ft Gadis Sebak Mangsa Bodyshame E1661650425484

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu ‘penyakit’ yang ada dalam minda orang kita ini adalah menjadikan fizikal seseorang itu sebagai bahan lawak (bodyshamming).


Dianggap ia satu gurauan bila di tegur, si mangsa pasti akan menjadi lebih down disebalik senyuman saat dipersendakan di khalayak ramai, itu lah yang dirasai oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @tomey8 ini.

 

Bila berat dah jadi 100kg, ampa akan jadi satu hinaan di mata orang”

Seringkali menjadi mangsa persenda orang ramai, gadis ini menasihati orang ramai untuk tidak terlalu membiarkan berat semakin naik jika alami senasib dengannya.

Tidak dapat menahan sebak dalam diri, gadis ini meluahkan segala perkara yang dilakukan oleh orang keliling kepadanya dan telah mengguris hatinya tanpa mereka sedar,

Gadis Sebak Mangsa Bodyshame 7

“Tomey kadang-kadang, bila orang cakap kan, hang mati nanti ni siapa yang nak angkat hang, takkan aku nak panggil bomba, aku nak angkat hang, sampai rasa macam tu, Tomey pun sampai aku ni nak pergi derma organ aku semata-mata tak mahu menyusahkan orang, bila aku dah derma organ, tak payahlah depa (mereka) nak angkut aku nanti, sampai fikir macam tu.”

Disebabkan itu, gadis ini ada meluahkan perkara yang terpahat dalam hatinya dimana apabila dah kurus nanti, dia tak nak kahwin.

Biarpun dirinya tahu itu adalah ketentuan Allah, tapi dia tetap dengan pendirian kerana hatinya dah terlalu sakit. Tak dapat menahan air mata, gadis ini juga ada kongsikan hinaan, sindiran, dan bahan senda yang sering kali dia terima

“Walaupun orang bergurau, muka ni senyum, tapi hati ni sakit, tetap senyum, sebab kalau kita tak senyum tak boleh, kaaan? Tapi hati ni sakit, selalu aku balik, kena bawak motor, Allah je yang tahu air mata ni, tak mintak jadi gemuk, tapi disebabkan nafsu kita, sampai kita jadi macam ni.”

Video ini tular sehingga meraih 299.2K jumlah tontonan di TikTok.

@tomey8

komen siapa nak sambungan part2

♬ bunyi asal – tomey – tomey

 

Permohonan kerja ditolak kerana saiz badan, tekad nak diet

Disebabkan itu, gadis yang mesra dengan panggilan Tomey ini bertekad untuk diet. Ini kerana katanya tujuannya adalah untuk memudahkan diri mengerjakan solat dan paling utama lagi apabila dirinya tidak diterima oleh ramai majikan kerana saiz badan.

Gadis Sebak Mangsa Bodyshame 7 1

“Depa reject Tomey, depa cakap Tomey tak boleh buat kerja.sedangkan depa tak try pun macam mana Tomey kerja dulu, dia call Tomey ‘you betul mahu kerja ke’ lepas tu depa bagitahu ‘esok you terus datang and terus kerja’ okay Tomey ni dengan rasa bangga nak dapat kerja masa tu.”

Sesampainya Tomey di tempat kerja untuk melaporkan diri, mereka batalkan hasrat mereka untuk menerimanya

“Dia pandang atas bawah, masa tu rasa lain dah wey sumpah rasa lain, lepas tu, dia pergi cakap bahasa kita tak tahu la kan, lepastu aku balik dengan terasa hati, balik-balik adalah sorang kawan dia kerja kat situ, dia cakap ‘hang tau tak depa cakap apa, saya tak berani ambil lah orang itu, saya takut dia tak dapat kerja’.”

Video kedua ini telah meraih 899.K jumlah tontonan di TikTok.

@tomey8

pengalaman mintak keje tapi di tolak part 2

♬ bunyi asal – tomey – tomey

Ia juga tular di Twitter, rata-rata sebak bila mendengar luahannya dan ramai juga yang memberikan sokongan moral kepadanya. Ada juga yang pernah alami nasib sepertinya.

 

Sumpah sebak – Netizen

Gadis Sebak Mangsa Bodyshame 6 Gadis Sebak Mangsa Bodyshame 5 Gadis Sebak Mangsa Bodyshame 4 Gadis Sebak Mangsa Bodyshame 3 Gadis Sebak Mangsa Bodyshame 2 Gadis Sebak Mangsa Bodyshame

Dalam pada itu, rata-rata netizen dari TikTok juga rasa sebak dan memberikan mesej-mesej positif kepadanya, bahkan dia juga kini makin kuat. Semoga urusan Tomey untuk menurunkan berat badan dipermudahkan.

 

Baca : “Saya tahu orang akan ungkit lepas tindakan saya di TV” – Viral Tweet Lama Bodyshame Orang, Ini Respon Azfar

Azfar13

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.