in

“Aku mengaku aku suka…” – Netizen Suka Lagu Baru Dato’ Vida, Cakap Lagi Sedap Dari Ayda Jebat

Dsv Single Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Aku mengaku aku suka..." - Netizen Suka Lagu Baru Dato' Vida, Cakap Lagi Sedap Dari Ayda Jebat
Loading
/

Kalau sebelum ni dia dah ada single bertajuk ‘I Am Me’ hasil ciptaan Edry Abdul Halim, terbaru ni pulak DSV ada single bertajuk ‘Sayang Pulanglah Sayang’. Lagu ni juga menampilkan Cat Farish dan Eddie G, terbitan DSV Entertainment dan muzik video dah pun keluar dekat Youtube semalam. Jangan terkejut, DSV ada nyanyi bahagian rap tau!


Korang masih ingat tak betapa ramainya yang kecam dengan lagu ‘I Am Me’ dulu? Haa tapi kali ni dengar cerita netizen suka dengan lagu baru DSV ni. Betul ke?

Menurut satu posting dekat Twitter ni, netizen kebanyakannya mengaku yang dorang suka lagu ni terutamanya part DSV rap dan chorus. Setakat hari ni, lagu ciptaan Cat Farish dengan Eddie G tu dah dapat lebih 140,000 tontonan dekat Youtube serta 5,700 likes.

Dsv
sumber: instagram

“Kini aku kena mengaku juga, aku suka chorus dia.”

Chorus dia boek doh.”

“Okay lah juga daripada Bobo di Mana.”

“Apa apa pun, kita kena mengaku yang lirik lagu ni agak bagus terutamanya lepas rap tu.”

Ada juga yang amazed dan akui muzik video lagu ni best sebab angle dan cinematography yang nice. Bukan tu je, ramai juga yang komen cakap that lagu baru DSV ni lagi bagus daripada Ayda Jebat. Hmmm…

Komen Lagu Dsv
sumber: twitter

Korang dah dengar dan tengok ke muzik video lagu Sayang Pulanglah Sayang? Kalau belum, moh kita tengok sama-sama:

Amacam? Onz tak onzzzz?

Baca: Dato’ Vida Sedar Suaranya ‘Ke Laut’, Ingin Belajar Vokal dan Cabar Diri Nyanyi Lagu Balada

Vi2 E1512382737375

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.