Kadang-kadang walaupun memikirkan diri sendiri bukanlah orang yang senang, sanggup juga berikan pinjaman kepada mereka yang lebih susah. Lagi-lagi jika si penghutang merayu keluar air mata sambil memberikan janji manis.
Tapi bila sudah tiba masanya untuk membayar, pelbagai alasan diberikan untuk lari darinya. Seperti yang dihadapi oleh pemuda dari seberang ini.
Datang nak tuntut hutang tapi lain pula jadinya…
Si penghutang menjerit memanggil si pemberi hutang pencuri? Pemuda ini datang sampai ke rumah untuk menagih duitnya sendiri tapi dihalau dengan cara yang tak disangka.
Dalam video itu, kelihatan seorang wanita berusia pertengahan tahun berjalan dengan pantas sambil menjerit-jerit memarahi dan menuduh lelaki berkenaan pencuri.
Siapa ada peminjam macam ni? Datang rumah dia nak tuntut hutang tiba-tiba dipanggil pencuri.”
@juthampu4 Manusia gak punya otak..dah di bantu,malah fitnah orang😡😡#koprasi #lampung #fypdongggggggg #berandafypシ
Dahlah berhutang, fitnah pula
Ditonton lebih 5 juta kali, netizen beranggapan tindakan wanita berkenaan adalah tidak wajar dan melampau. Bagaimanapun, melihat wanita itu yang kelihatan seperti sudah berusia, ramai menasihatinya agar terus bersabar dengan tohmahannya itu.
Kalau korang kat tempat dia, korang boleh sabar tak?
Baca : “Siapa hutang siapa ni?” – Berang Hutang Dituntut, Lelaki Nekad Bunuh Guru Mengaji