in

“Siapa hutang siapa ni?” – Berang Hutang Dituntut, Lelaki Nekad Bunuh Guru Mengaji

Ft Indo

Adat dalam meminjam, harus dipulangkan semula. Tak kiralah apa sekalipun bentuk barangan yang dipinjamnya itu, perlulah dipulangkan sebelum pemilik asal datang meminta.

Korang mesti biasakan kawan-kawan datang untuk meminjam terutamanya wang dan lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila korang yang terpaksa menagih kembali wang yang telah diberi pinjam itu.

Gara-gara mahu menuntut kembali haknya, seorang guru mengaji tanpa disangka-sangka kehilangan nyawanya.

Kejadian yang berlaku di Kampung Lingkungan Dua Citatah Dalam, Bogor, Indonesia ini bermula apabila mangsa yang berusia 28 tahun pergi ke rumah suspek yang untuk meminta kembali wang yang dipinjam.

 

Capture 1 2 1

 

Suspek tinggal kira-kira 100 meter dari rumah suspek dipercayai telah meminjam sebanyak satu juta rupiah (RM286) sebelum enggan membayar kembali wang yang dipinjamnya lapor Harian Metro. 

“Suspek tinggal hanya 100 meter dari rumah mangsa bagaimanapun enggan melayan tuntutan mangsa sebaliknya menjadi berang.

Sudah la tidak bayar hutang yang dipinjam, suspek yang berusia 40 tahun kemudiannya dipercayai hilang pertimbangan apabila dia dikatakan memukul dan memijak mangsa hingga lehernya patah.

Mangsa yang bekerja sebagai guru agama maut akibat ‘dibelasah’ suspek.

Tak kan la datang tuntut hutang pun sampai nak marah macam tu sekali!

Tak cukup dengan membunuh, suspek yang panik kemudiannya mencampaknya mayat mangsa ke dalam perigi sebelum menyimen perigi itu bagi mengelakkan kekejamannya diketahui jiran sekampung. 

 

Capture 3 11

 

Bagaimanapun usaha suspek ternyata tidak berhasil apabila kehilangan mangsa telah dilaporkan kepada pihak polis.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis menyebabkan suspek ditahan sebelum dia mengaku terlibat dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Cibinong AKP I Kadek Vemil mengesahkan kejadian dan berkata suspek telah ditahan kelmarin untuk siasatan lanjut.

 

Baca : “Tujuh bulan takde kerja sebab Covid-19” – DJ Indonesia, Dinar Candy Jual Seluar Dalam Tak Basuh Bernilai RM18 Ribu

Capture 3 10

Sumber: Tribunnews
Sumber: Harian Metro