in

“Aku bagi korang masa 2 minit je untuk makan” – Pelajar Baru UiTM Tak Puas Hati Minggu Destini Siswa, Wujud Hashtag #MDSterciduk

Uitm S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang sudah pun terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), sekarang pasti korang sedang melalui Minggu Destini Siswa (MDS) yang diadakan hampir setiap tahun bagi menyambut pelajar baru.


Untitled Design 5
sumber: blog

MDS ni macam minggu pengenalan lah buat pelajar kepada universiti yang mereka masuk tu dan selalunya pelajar yang melalui MDS ni akan diuji dari segi mental dan fizikal dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di sana.

Tetapi… nampaknya MDS yang diadakan di UiTM Shah Alam kali ini telah mendapat respon buruk daripada pelajar baru yang seterusnya mewujudkan hashtag #MDSterciduk di Twitter

 

“Dah masuk universiti, berfikirlah cara pelajar universiti. Bukan macam tadika” 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen bernama Asrul Muzaffar telah meluahkan rasa tidak puas hatinya akan cara program MDS diadakan pada tahun ini.

Bersama tweet tersebut, Asrul telah menyenaraikan rungutan pelajar baru dengan menggunakan hashtag #MDSterciduk. Antara rungutan pelajar baru ialah mereka dipaksa duduk di atas jalan tar dalam jangka masa yang lama dan disuruh makan dalam masa 2 minit. Uish! 

Mds 1

Ec38Qd0Ucaazpop

Ec38Qd1U8Ae0Sfa

Ec38Qduu8Aa54Wd

sumber: twitter

 

“MDS UiTM ialah minggu paling tak function, wake up 4 am hanya untuk dijerit…”

Tak cukup dengan tu, ada juga di antara pelajar yang beritahu MDS ini hanya membazir waktu kerana mereka tak dapat apa-apa manfaat selain dijerit dan dikutuk lembik.

Senior
sumber: twitter

 

Laporkan sikap fasi yang biadap kepada pejabat HEP terus

Disebabkan terlalu ramai yang mengadu mendapat layanan buruk dari fasilitator MDS, Asrul mengemukakan sedikit cadangan. Daripada cakap belakang-belakang, baik korang laporkan terus kepada pihak atasan kan?

Terciduk
sumber: twitter

 

“Baru kena jerit dan bangun tidur awal sahaja dah komplen” 

Tapi ada juga di kalangan netizen yang beranggapan apa yang dilalui MDS ni perkara biasa. Setakat jerit dan kena bangun tidur awal tu tak ada apa-apapun katanya. Haih… Tapi masa zaman tak ada Twitter dulu elok je kan? 

Mds Kau
sumber: twitter

Korang rasa macam mana? Wajar ke buat program macam MDS ni? Ataupun pelajar baru zaman sekarang hanya ‘overeacting’? Berikan pendapat anda di bahagian komen ye. 

Baca: “Aku tak salahhhhh!” – Pelajar Bengang Pengawas Universiti Awam Tuduh Meniru, Tak Pasal-Pasal Kena Gantung & Retake Exam

Retake

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.