in

Aktivis Timbus Najis Depan Pejabat Menteri, Marah Kerajaan Tunjuk Prestasi ‘Lemah’ Di Konferens Iklim

Australia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Konferens macam tahi! Sumbangan Australia paling ‘busuk’ sekali.”

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan sebuah kumpulan aktivis alam sekitar susulan satu konferens iklim yang berlangsung di Glasgow baru-baru ini.


618E4Bb1709D502Ad523B068 O U V2 E1636777937633

Kenyataan itu turut disertakan ‘hadiah’ dimana kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Extinction Rebellion terbabit turun menimbunkan najis di hadapan pejabat Menteri Kewangan Simon Birmingham.

Menurut SkyNews, beberapa anggota kumpulan aktivis itu dilihat lengkap berpakaian jumpsuit pelindung diri sebelum menuangkan beberapa guni berisi najis. Malah, mereka juga ada meletakkan papan tanda dengan perkataan “Pariah Iklim” dan satu salinan pelan jangka masa panjang Australia untuk mengurangkan pelepasan gas di atas timbunan najis berkenaan.

5Mec3Rkaal7Khc4H E1636778122710

Tidak cukup dengan itu, kumpulan terbait juga menampal beberapa poster di dinding luar pejabat yang mempunyai mesej berbaur herdikan dan kecaman.

Dalam pada itu, jurucakap kumpulan Extinction Rebellion berkata, janji kosong kerajaan adalah untuk mendapat undian bagi pilihan raya akan datang dan bukanlah kerana mereka benar-benar kisahkan krisis iklim.

“Rancangan yang mereka buat dimana mereka langsung tak ubah polisi sebelum ini langsung tak layak ditulis di atas kertas yang digunakan. Kami akan terus mendesak mereka bertanggungjawab sehinggalah mereka berlaku sepertimana rakyat Australia mahukan,” katanya.

Birmo Export Awards E1636778083154

Sementara itu, Menteri Kewangan Australia ada memuat naik status di laman sosial yang mengajak orang ramai mengambil najis yang ditimbunkan untuk dibuat baja tanaman.

“Saya tak suka tengok pembaziran. Jadi, saya galakkan pekebun tempatan untuk datang dan ambil berapa banyak najis diperlukan untuk dijadikan baja,” katanya.

 

Sumber: SkyNews

Baca: Akibat Perubahan Iklim, Angkasawan Di ISS Dakwa Bumi Kelihatan ‘Rosak Dan Rapuh’

Cover 4 E1636777074643

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.