in

Akibat Perubahan Iklim, Angkasawan Di ISS Dakwa Bumi Kelihatan ‘Rosak Dan Rapuh’

Cover 4 E1636777074643

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rosak dan rapuh.


Itulah gambaran yang diberikan oleh seorang angkasawan Perancis, Thomas Pesquet ketika melihat keadaan bumi dari luar angkasa. Jelas Pesquet, beliau berasa sedih selepas melihat keadaan bumi pada ketika ini.

Media tempatan melaporkan, Pesquet menyifatkan pemandangan bumi yang kelihatan ‘rosak dan rapuh’ itu tidak sepatutnya berlaku.

1635680565 Thomas Pesquet An Alien Witness To Natural Disasters 1024X620 1

Kenyataan ini keluar ketika Pesquet yang kini berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menceritakan keadaan bumi kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron menerusi panggilan video.

“Sayangnya, keadaan Bumi semakin rapuh dan semakin rosak.

“Melalui tingkap di ISS, kami dapat melihat jelas keadaan Bumi yang semakin uzur akibat perubahan iklim,” jelas beliau.

Pesquet turut memberitahu, angkasawan di ISS boleh melihat bumi yang seolah-olah terbakar apabila beberapa kawasan hutan di Kanada dan California dijilat api baru-baru ini.

Thomas Pesquet dijangka kembali ke bumi dalam masa tersekat selepas misi beliau di ISS selesai.

Kredit: Utusan

BACA: Asteroid Dengan Saiz Tiga Kali Ganda Patung Liberty Bakal Lintasi Bumi Dalam Masa Terdekat

Cover 5

Sumber: Awani Review

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.