Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 Kini Berkuat Kuasa, Barisan Pakar Dilantik Terajui Jawatankuasa

Tambah ke Sumber Pilihan
Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 Kini Berkuat Kuasa, Barisan Pakar Dilantik Terajui Jawatankuasa

Kerajaan MADANI secara rasminya telah memulakan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bermula 1 Januari 2026 yang lalu.

Langkah ini merupakan komitmen berterusan kerajaan dalam mewujudkan ekosistem digital yang lebih selamat, terutamanya bagi melindungi kanak-kanak dan golongan rentan daripada ancaman jenayah siber yang kian kompleks.


Selaras dengan peruntukan Seksyen 5 Akta tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said, mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian.

588047707 18541786519065101 8396927246411365720 NSumber: Facebook

Jawatankuasa ini akan berfungsi sebagai badan penasihat strategik tertinggi untuk memandu hala tuju keselamatan kandungan dalam talian negara.

Barisan Kepimpinan dan Keanggotaan Pakar

Bagi memastikan ketelusan dan kredibiliti, ahli jawatankuasa ini terdiri daripada pakar merangkumi sektor awam, swasta, dan masyarakat sivil. Tempoh pelantikan adalah selama tiga tahun, berkuat kuasa dari 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028.

Berikut adalah senarai kepimpinan utama Jawatankuasa tersebut:

Screenshot 2026 01 05 102922Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Tangani Ancaman AI dan Deepfakes

Jawatankuasa ini memikul tanggungjawab substantif yang mencabar, termasuk memberikan nasihat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai pengelasan kandungan memudaratkan seperti penganiayaan seksual kanak-kanak dan penipuan melibatkan kewangan.

Artikel berkaitan : “Banyak orang salah faham” – Azalina Respon Isu Hukuman Buat Kes R*gol Pelajar

Artikel berkaitan : Pelarasan Gaji SSPA & 6 Perubahan Besar Negara Menjelang 1 Januari 2026

Selain itu, fokus utama juga diberikan kepada:

  • Penentuan kaedah analisis risiko dan strategi mitigasi bagi melindungi pengguna.
  • Penilaian keberkesanan mekanisme aduan sedia ada.
  • Pemantauan penguatkuasaan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.
  • Penyelidikan teknikal terhadap trend baharu jenayah siber, termasuk penyalahgunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan deepfakes.

Dato’ Sri Azalina menegaskan bahawa walaupun kerajaan komited memastikan ruang siber yang selamat, hak kebebasan bersuara tetap dihormati. Namun, beliau menekankan bahawa tiada kompromi akan dibuat terhadap keselamatan rakyat, terutamanya dalam mendepani ancaman siber yang semakin licik.

Sumber : Jabatan Perdana Menteri

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 Kini Berkuat Kuasa, Barisan Pakar Dilantik Terajui Jawatankuasa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/akta-keselamatan-dalam-talian-2025-kini-berkuat-kuasa-barisan-pakar-dilantik-terajui-jawatankuasa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM