in

Aksi Dua Lelaki Bawa Ular Sawa Menaiki Motosikal Undang Kritikan Ramai

Cover 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video ‘seram’ yang menunjukkan dua orang lelaki sedang membawa seekor ular sawa dengan hanya menaiki motosikal.

Lebih mengejutkan, ular sawa tersebut dililit pada badan penunggang motosikal untuk dibawa ke satu lokasi, manakala seorang lagi menjadi pembonceng dan menjaga haiwan itu. Video tersebut dipercayai dirakam oleh penunggang motosikal lain.


1 15

4 3

Berdasarkan dialek perbualan di dalam video, dipercayai video ini dirakam di sebuah negeri Pantai Timur.

Video ini dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) di Facebook yang mengkritik tindakan dua lelaki tersebut yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.

Ulas PHM dalam hantaran tersebut, tindakan dua lelaki ini boleh mengancam nyawa sekiranya ular sawa bertindak membelit penunggang motosikal itu.

2 8

3 3

Untuk rekod, ular sawa kebiasannya tidak dianggap bahaya kepada manusia dan boleh membesar sehingga 3 ke 6 meter.

PHM juga meminta orang ramai agar terus menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) jika menemui haiwan liar seperti ular sawa.

Ular sawa adalah haiwan liar terlindung dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Mengancam habitat, keselamatan, provokasi, dan segala aktiviti berkaitan ular sawa perlu dimaklumkan dan menapat kebenaran PERHILITAN.

Menyimpan, memburu, menjual dan memiliki mana-mana bahagian haiwan liar juga boleh dikategorikan sebagai satu jenayah berat Pemuliharaan Hidupan Liar dan boleh dikenakan penjara serta denda.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

BACA: Kejam! 3 Remaja Campak Kucing Ke Lombong Dicari Persatuan Haiwan Malaysia

Cover New 1

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.