in

Asteroid Dengan Saiz Tiga Kali Ganda Patung Liberty Bakal Lintasi Bumi Dalam Masa Terdekat

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah asteroid gergasi telah dikesan bakal melintasi bumi dalam masa terdekat. Perkara ini disahkan sendiri oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) baru-baru ini.



Asteroid yang dikenali sebagai 2021 NY itu dikatakan bersaiz tiga kali ganda lebih besar daripada Patung Liberty yang terletak di New York.

Xsbvtn6Pri6Pztgegvrsie

Menurut sumber, asteroid tersebut bakal melintasi bumi pada bulan September ini bersama dengan 17 objek lain yang berjaya dikesan NASA. Difahamkan, 2021 NY sedang bergerak pada kelajuan 22,659 km/jam.

Sebagai perbandingan, Patung Liberty berukuran 93 meter tinggi, manakala asteroid tersebut mempunyai diameter antara 130 hingga 300 meter.

Asteroid Collision 759

Sesebuah asteroid itu akan diklasifikasikan sebagai merbahaya jika saiz yang direkod melebihi 150 meter, jadi asteroid 2021 NY dianggap merbahaya oleh NASA.

Bagaimanapun, NASA mendakwa 2021 NY tidak akan menghentam bumi. Kedudukan lintasannya dari bumi adalah sejauh 930,487 batu, bersamaan dengan 1,497,473.67 km.

 

Sumber: Mirror

BACA: Siap Sedia! Hotel Angkasa Lepas Yang Pertama Di Dunia Bakal Dibuka 2027

Capture 6

Sumber: LiveScience

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.