Dek kerana keadaan kedai yang terlalu kotor, sebuah pasar mini di Sentul diarahkan tutup serta merta. Menurut Harian Metro, pasar itu dikendalikan warga asing dan telah diserbu oleh pegawai DBKL.
Difahamkan, pihak DBKL telah menerima aduan daripada orang awam dan ketika serbuan pegawai mendapati mereka menjalankan penyembelihan ayam dan ikan di ruang belakang premis dalam keadaan yang sangat kotor.
Susulan itu, tindakan tutup premis dan menampal notis tutup premis dan dililit dengan pita keselamatan.”
Sejak Awal Mei lagi, DBKL giat menjalankan operasi dan serbuan terhadap kedai-kedai yang dikendalikan warga asing dan tanpa lesen di sekitar Kuala Lumpur.
Antara kawasan yang terlibat adalah Pekan Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Jalan Asoka dan Jalan Berangan di Bukit Bintang. Kebanyakannya adalah premis yang menjual buah-buahan, barang basah serta restoran.
https://www.facebook.com/1396477910645371/posts/2357469481212871/?d=n
https://www.facebook.com/1396477910645371/posts/2356579021301917/?d=n
https://www.facebook.com/1396477910645371/posts/2355797211380098/?d=n