in

Akaun Tabung Bantu Najib Dibekukan

Najib Bloomberg 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada sahaja berita baharu yang menglibatkan bekas PM kita, Datuk Seri Najib, yang kini perlu membayar baki sebanyak RM500,000 selepas selebihnya sudah dibayar pada hari Rabu yang lepas. Macam-macam kaedah dah dibuat untuk bantu dia bayar baki tu, salah satunya adalah dengan Tabung Bantu Najib.


Terkini, melalui FMT, sebuah akaun bank yang dibuka khas untuk bantu bayaran ikat jamin RM1 juta dilaporkan dibekukan sejak semalam. Kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii, tabung tersebut yang diwujudkan atas inisiatif UMNO Pekan difahamkan tidak berfungsi sejak awal pagi semalam.

Adada
sumber: bh

Orang ramai yang nak menderma ke dalam tabung tersebut tak dapat nak lakukan sedemikian sehari selepas ianya diwujudkan.”

Begitu jugak untuk mengeluarkannya. Tabung akaun yang diuruskan oleh saya tak ada masalah dan dapat berfungsi dengan baik,” kata Razlan.

Manakala Ketua Wanita UMNO Pekan, Datuk Zalmah Abdul Rahman pulak berkata, beliau hanya mengetahui pembekuan akaun itu pagi semalam.

Perkara ini hanya terjadi kepada akaun derma di Pekan, saya tak tahu mengenai tempat lain tapi akaun ini dibuka oleh UMNO Bahagian pekan.”

Capture 6
sumber: fmt

Seperti yang sedia maklum, kutipan derma itu dilakukan bertujuan untuk bantu Najib membayar sebahagian wang ikat jamin pada hari Isnin ini.

Sebelum ini Najib dah bayar ansuran pertama RM500,000 selepas minta untuk dibicarakan terhadap 3 pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Aduhh.. Macam-macam!

Baca: “Jika ini harga yang saya terpaksa bayar, saya reda”

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.