in

“Jika ini harga yang saya terpaksa bayar, saya reda”

Page Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah pagi tadi dan telah membuat pengakuan ‘tidak bersalah serta mohon dibicarakan’ di hadapan hakim Datuk Mohd. Sofian Abd Razak lepas kesemua kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Menurut Berita Harian, Najib mengatakan dia reda dengan apa yang berlaku kepadanya dan mendakwa pertuduhan yang dihadapinya hari ini adalah kehendak kerajaan baru.

“Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda.”

N1
sumber: berita harian

Beliau turut mengatakan sekiranya prosiding yang dilaluinya hari ini adalah proses yang benar-benar adil mengikut keluhuran undang-undang, beliau yakin tidak akan disabitkan kesalahan.

“Insya-Allah, saya yakin atas ketidaksalahan saya. Ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.”

Najib juga menjelaskan tidak boleh mengulas lanjut mengenai hal ini kerana menghormati keputusan hakim mengenai gag order atau perintah larangan memberi ulasan terhadap kes ini.

N2
sumber: berita harian

Beliau juga turut menggunakan kesempatan itu untuk mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan keselamatan kerana memberikan layanan yang baik serta menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri.

“Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik, insya-Allah saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang. Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk memberi sokongan moral.”

Semoga Najib tabah hadapi dugaan ni.

Baca: Terpaksa Cagar Rumah Untuk Bayar Ikat Jamin

Mo1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.