in

Akaun Shopee Ini Jual Kata-Kata Semangat, Sampai ‘Sold Out’ Dibeli Pelanggan

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membeli-belah secara dalam talian sudah menjadi suatu kebiasaan di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila banyak masa yang dihabiskan di dalam rumah kerana pendemik.


Boleh dikatakan hampir semua barangan boleh didapati di dalam talian. Namun, ada satu akaun di Shopee yang mengejutkan warganet kerana menjual sesuatu yang lain daripada yang lain.

Jual kata-kata semangat?

Seringkali kita mendengar orang akan membeli barangan seperti baju dan makanan menerusi Shopee, namun akaun ini menjual ‘Kata-Kata Semangat’!

1 4

Pasti ada berfikir ini adalah satu pembaziran dan tiada siapa yang akan membeli daripada akaun ini. Untuk pengetahuan anda, akaun ini sudah pun menjual 472 kata-kata semangat dan produk tersebut diletakkan dalam status ‘sold out’.

Cara untuk membelinya mudah sahaja, anda hanya perlu menyelesaikan pembayaran seperti biasa. Kemudian, penjual akan memberi pilihan sama ada anda mahu menerima produk menerusi emel atau di ruangan mesej.

2 1 1

3 1

“Lebih bersemangat untuk makan malam”

Untuk pengetahuan anda, kata-kata semangat ini dijual dengan harga serendah RM0.20. Menerusi perkongsian seorang pembeli, dia ada berkongsikan kata-kata semangat yang sudah diterima.

Jelas pembeli ini, dia berasa semakin bersemangat untuk makan malam selepas membaca kata-kata semangat ini. Mungkin kedengaran sedikit lucu, tapi belum cuba belum tahu kan?

4 1

5

Buat anda yang memerlukan motivasi dan hiburan, mungkin anda boleh cuba?

 

Kredit: Nor Azam Budin

BACA: “IQ tinggi brader ni” – Order Blok Motor di Shopee, Seller Bungkus Barang Guna Sabut Kelapa

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.