Jika menghadapi kemalangan, kita pastinya akan risau dengan keadaan kenderaan serta keselamatan kita, betul tak?
Lain pula ceritanya dengan pelakon Shakilla Khoriri yang baru-baru ini terlibat dalam satu kemalangan kecil yang menyebabkan bumper belakang keretanya rosak.
Artikel berkaitan: “Keputusan ini untuk anak saya” – Shakilla Khoriri Lembut Hati, Gembira Nak Bagi Fizi Ali Jumpa Anak
Artikel berkaitan: Shakilla Khoriri Titip Pesanan Buat Anak, Sedih Hidup Berubah Kerana Kesilapannya
Namun, apa yang menarik perhatian ialah cara Shakilla berhadapan situasi tersebut di mana dia tenang serta sempat bergurau senda dengan individu yang melanggar keretanya itu.
https://www.tiktok.com/@shakillakhoriri/video/7342007321125604609?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698
Dari video yang dimuat naik di TikTok Shakilla, dapat dilihat individu yang menunggang motosikal itu juga tidak dimarahi pelakon Bisik-bisik Gelora tersebut malah mereka berdua sempat melawak antara satu sama lain.
Lebih menghiburkan, lelaki yang melanggar kereta Shakilla itu turut mengajaknya untuk bergambar selepas mengetahui Shakilla seorang selebriti.
“Memang steady lah kak!”
Ruangan komen video yang berdurasi hampir dua minit itu dipenuhi dengan komen-komen positif dari netizen.
Rata-rata memuji Shakilla Khoriri yang dilihat tenang berhadapan dengan situasi cemas yang biasanya mengundang anxiety itu.
Kalau kita kena ni, mau bergaduh! Lek je Shakilla ye!
Sumber: TikTok