in

“Akad nikah dilangsungkan tanpa berjabat tangan” – JAIS Keluarkan Cara Akad Nikah Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Whatsapp Image 2017 11 17 At 9.43.53 Pm.jpeg.transformed Side

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan untuk rakyat Malaysia bermula esok.


Ekoran dari ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan tatacara majlis akad nikah yang akan dijalankan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini bagi mematuhi arahan dari kerajaan di Facebook rasmi mereka.

Dalam arahan yang dikeluarkan ini, JAIS telah meletakkan beberapa syarat bagi pihak yang ingin menjalankan majlis akad nikah sepanjang 18 Mac 2020 hingga 17 April 2020 antaranya:

49637185406 3Bb7E36790 Z

  • Majlis akad nikah perlu dijalankan di premis persendirian
  • Majlis boleh dihadiri oleh beberapa orang penting sahaja
  • Keseluruhan majlis hanya berlangsung selama 20 minit termasuk khutbah nikah
  • Akad nikah dilangsungkan tanpa berjabat tangan
  • Perlu sediakan mask, hand sanitizer & jaga jarak
  • DILARANG melakukan majlis kenduri kahwin

Bukan tu ke, JAIS juga telah mengumumkan kursus pra-perkahwinan pada 21 Mac hingga 30 Mac  di negeri Selangor akan ditangguhkan sesuai dengan arahan kerajaan yang menghalang perhimpunan ramai dijalankan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Korang boleh semak syarat-syarat penuh untuk majlis akad nikah yang dikeluarkan oleh JAIS dekat bawah ni:

89923513 2810041882416609 6460604572464316416 N

Jimat juga kahwin time ni, keluar mas kahwin je.

 

Baca: [Terkini] Covid-19 : Malaysia Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Hingga 31 Mac 2020

Screenshot 2020 03 17 At 10.53.18 Am

Sumber: Wedpedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.