in

Aiskrim Milo Dinosaur dan 5 Perisa Unik Lain Yang Korang PERLU Cuba di Lembah Klang!

Makan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak daripada kecil lagi kita semua mesti dah biasa rasa aiskrim coklat, vanilla, strawberry ataupun kalau nak lain sikit aiskrim keladi. Tu jelah pun aiskrim yang ada rasa Malaysia kalau nak dibandingkan dengan aiskrim lain-lain macam Häagen-Dazs dan Baskin Robbin.

Tapi tahukah korang sebenarnya ada lagi macam-macam aiskrim perisa unik ada kat area Lembah Klang ni yang korang boleh try? Ni kami senaraikan enam aiskrim perisa unik yang PERLU korang cuba. 


 

1. Aiskrim Nasi Lemak 

Whimsical1
sumber: instagram

Semua orang tahu yang makanan kegemaran Malaysia mestilah nasi lemak kan? Breakfastlunch dan dinner asyik makan nasi lemakkkk je! Eh tapi korang tahu tak dessert pun korang boleh makan nasi lemak?? Haa bunyi macam pelik tapi satu kedai aiskrim kat Lembah Klang ni ada jual Nasi Lemak Gelato.

Whimsical – Gelateria & Caffe cipta ice cream ni semua menggunakan bahan-bahan natural tau! Setiap scoop yang bersalut sambal nasi lemak ni berharga RM8.50 dan korang boleh jugak pair kan aiskrim dengan waffles atau brownies. Cumanya tak semua aiskrim kat Whimsical ni ada setiap hari kat menu termasuklah ais krim nasi lemak. So kalau korang berminat bolehlah call kedai dessert ni dulu sebelum datang ke sana.

Whimsical
sumber: instagram

Facebook: Whimsical – Gelateria & Caffe

Lokasi: D2-G3-05, Solaris Dutamas, 1 Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur

 

2. Aiskrim Gula Melaka Masin 

Salted
sumber: the last polka

Makanan yang ada perisa manis dan masin ni memang ramai yang suka kan? Untuk keep up dengan trend, muncul lah perisa aiskrim unik gula melaka masin yang makin mendapat tempat kat hati penggemar aiskrim kat luar sana tu. Tapi korang tak perlu lah sampai nak ke Melaka untuk dapatkan aiskrim ni.

Just ke The Last Polka je sebab aiskrim dorang dijual kat sekitar KL termasuklah di Bangsar Village, Bandar Utama dan Publika. Korang boleh dapatkan satu scoop aiskrim gula melaka masin dengan harga RM7.20. Aroma manis gula melaka dan rasa masin-masinnya yang bersalut dengan aiskrim sejuk pasti akan buat korang terliurrrr!

E6Eb
sumber: blog

Facebook: The Last Polka

Lokasi: Kedai fizikal di Bangsar Village, Bandar Utama dan Publika

 

3. Aiskrim potong macam-macam perisa

Potong
sumber: instagram

Kalau korang lahir tahun 2000, mesti korang kurang familiar dengan aiskrim potong ni. Tapi budak 80 dan 90-an memang suka gilaaa dengan aiskrim ni terutamanya dengan signature flavour dorang kacang merah! Tapi korang tahu tak sebenarnya ais krim potong dari The Potong ni ada keluarkan flavour lain selain kacang merah.

Antara perisa aiskrim potong yang menarik perhatian kami ialah Musang King, tembikai, mango pomelo dan coco passion yang memang sedap belaka! The Potong masih tak ada physical store lagi tapi korang boleh dapatkan ia kat store kecil di Publika, Bangsar Village dan The Cafe.

B2Ap3 Thumbnail Image00
sumber: blog

Facebook: The Potong

Lokasi: Kedai fizikal di Publika, Bangsa Village, The Cafe.

 

4. Aiskrim Milo Dinosaur

B2Ap3 Thumbnail Image01
sumber: blog

Suka lepak mamak lepas tu order milo ais dinosaur? Haa sekarang korang boleh makan aiskrim Milo Dinosaur kat Inside Scoop! Perisa yang sangat Malaysian ni sesuai bagi korang yang suka makan benda manis dan bercoklat. Tak cukup dengan tu, kalau bosan makan aiskrim kosong saja dan nak makan aiskrim ni dengan cara yang berlainan, korang boleh jugak padankan dua tiga scoop aiskrim ni dengan buttermilk waffle dari Inside Scoop. Gerenti tak menyesal punyee!

Inside
sumber: instagram

Facebook: Inside Scoop

Lokasi: Outlet di Jalan Telawi Bangsar, The Gardens Mall, Old Klang Road, KLCC, Publika, USJ Taipan dan Damansara Jaya.

 

5. Aiskrim Tart Nenas

B2Ap3 Thumbnail Image04
sumber: blog

Kalau musim perayaan, selalu sangat kita nampak kuih tart nenas kan sebab kuih ni antara yang paling femes dan digemari ramai. Tapi korang pernah dengar tak pasal aiskrim tart nenas? Dengan adanya ice cream tart nenas yang dijual kat Cielo Dolci ni korang tak payah tunggu raya pun dah boleh satisfy craving korang terhadap kuih ni.

Cielo Dolci macam kedai-kedai aiskrim lain tak ada physical store dan korang boleh dapatkan ia kat Whimsical – Gelateria & Caffe je.

14283933390 613Eb721B6 C
sumber: blog

Facebook: Cielo Dolci

Lokasi: Whimsical – Gelateria & Caffe, D2-G3-05, Solaris Dutamas, 1 Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.

 

6. Aiskrim Buah-buahan Malaysia 

Popmalaya
sumber: instagram

Ingat tak aiskrim pop yang mak korang selalu buat kat rumah? Sekarang ni aiskrim pop dah modern tau siap ada flavour buah-buahan lagi. Haa cakap je nak perisa apa. Mangga, nenas, dragon fruit, lychee or coconut… semua ada beb! Hanya dengan berharga RM4.50, Pops Malaysia ni ada dekat 70 buah kedai sekitar Malaysia.

Kalau duduk Lembah Klang, korang boleh je dapatkan kat Lulu Hypermarket, Redtick Supermarket dan mana-mana Kedai Mesra Petronas yang terpilih. Aiskrim ni semua dari buah original dan menang tak gunakan sebarang pengawet atau pewarna tiruan tau!

Mango
sumber: instagram

Facebook: Pops Malaya

Lokasi: Lulu Hypermarket, Redtick Supermarket, Kedai Mesra Petronas

 

BONUS:

Walaupun kedai-kedai ni tak ada di Lembah Klang, tapi admin rasa macam patut disebut dalam artikel ni jugak – tambah-tambah sebab aiskrim ni semua ada perisa yang unik gilaaa! Jangan lupa mencubanya kalau korang pergi ke sana!

7. Aiskrim Telur Masin

Masin
sumber: instagram

Pernah dengar tentang salted egg yolk yang jadi kegemaran ramai? Sekarang dah ada pulak perisa aiskrim telur masin! Memang susah nak cari perisa telur masin ni kat Klang Valley tapi kalau korang drop by Pulau Pinang, bolehlah singgah kedai Utterly Ice Cream di Gurney Paragon Mall. Dengan RM8.50, korang boleh dapat satu scoop ice cream dan selain dari salted egg yolk, ada perisa lain yang pelik-pelik macam wasabi dan pulut hitam. Wow so authentic kann!

Photo 1
sumber: penang for food

Facebook: Utterly Ice Cream 

Lokasi: Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang.

 

8. Aiskrim Dabai Sarawak

Capture
sumber: instagram

Kalau melancong ke Sarawak, jangan lupa makan aiskrim dabai! Bagi yang tak tahu apa tu dabai, ia sebenarnya sejenis buah-buahan yang terkenal kat bumi kenyalang ni tau. Dalam bahasa saintifiknya ia dipanggil Canarium odontophyllum atau omputih sebut Black Olive. Harga aiskrim ni murah sangat iaitu RM1.80 dan korang jugak boleh beli sekotak aiskrim ni bawak balik Malaysia (kalau tak cair atas plane lah) dengan harga RM28.80!

Sebenarnya tak kedai khusus yang jual aiskrim ni kat Sarawak dan korang boleh dapatkan kat mana-mana kedai di sana di bawah keluaran MayHua Ice Cream.

Roc2015Aa
menteri kat sarawak pun makan aiskrim dabai | sumber: doa

Lokasi: Mana-mana kedai di Sarawak yang jual MayHua Ice Cream

Yum yum! Dah terliur? Jom makan ice cream weekend ni! 

Baca: 6 Fries Yang Unik dan SEDAP GILA Korang Kena Try Dekat Area Klang Valley

Fries

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.