in

“Ahh saya ketakutan!” – Fesyen DSV Disamakan Dengan Badut Pennywise & Red Queen

Untitled Design 2022 03 21T112621.924

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dato Seri Vida (DSV) bukanlah nama yang asing dalam kalangan netizen, beliau merupakan seorang ahli perniagaan produk kecantikan yang sering melakukan penajaan untuk rancangan-rancangan TV.


Baru-baru ini, usahawan kosmetik itu telah mengeluarkan sebuah single berjudul Ku Ikhlaskan dan pastinya perkara itu menarik perhatian netizen.

Lagu tersebut baru sahaja dilancarkan semalam dan setakat ini video muzik lagu tersebut telah mendapat lebih 123K tontonan. Hebatnya!

Beberapa hari sebelum pelancaran lagu tersebut, DSV ada membuat beberapa posting teaser dalam Instagramnya yang menunjukkan fesyen dan solekan yang akan digunakan dalam video muzik tersebut.

https://www.instagram.com/tv/CbMpg-UhsP9/?utm_source=ig_web_copy_link

Posting itu menarik perhatian netizen kerana fesyen yang ditonjolkan seperti sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Tidak kurang juga yang menyamakan fesyen DSV dengan karakter antagonis daripada Alice In The Wonderland, Red Queen dan ada juga yang menyamakan pakaian DSV itu dengan watak seram Pennywise.

Mnb

Walaupun begitu, keberanian DSV dalam berfesyen untuk lagu terbarunya ini harus dipuji kerana beliau memang kelihatan seperti penyanyi yang sebenar.

Korang dah dengar ke lagu baru DSV?

Baca: “Ni salah satu character” – Ramai Terkejut Tengok Makeup Pelik DSV, Katanya ‘Spoiler’ Untuk MV Baru

Untitled Design 2022 03 21T112144.040

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.